Thursday, December 27, 2012

Aku dan Novel

Assalamualaikum...

Lama dah jejari nie x menaip di blog.. hari ini aku nak bercerita mengenai hobi membacaku.. Disebabkan aku memang minat sangat2 baca novel dan aku juga suka membeli novel.. Biasanya aku beli novel Melayu sebab novel Melayu xle nak download kat internet.. hehehe.. Kebanyakkan novel melayu yang aku ada aku dah jual balik, sebab En.Hubby kata menyemak jer berkotak-kotak kat dalam stor. hehehe.. so aku jual lah balik.. Sekarang nie ade gak aku beli sekali sekala coz x tahan kan.. Nafsu membaca tuh masih ada.. Yang paling baru aku beli Novel RAM (Ramlee Awang Murshid) tapi secara online coz nak dapatkan naskah yang ada tandatangan dia.. pastu nanti aku jual balik kat adik aku separuh harga.. hahaha.. camtuh la gayanya..

Novel Bahasa Inggeris nie aku download jer kebanyakkannya.. tambah-tambah dah ada android cina lagi r senang.. baca kat Tablet tuh jer.. pueh hati.. boleh bawak banyak sekali.. kalo buku nie jenuh...

Kenapa aku suka baca Novel???
Sebab bila aku baca novel aku dapat hilangkan stress.. Aku suka membaca dari umur aku 14 ke 15 tahun.. semuanya kerana seorang kawan yang sangat baik hati meminjamkan novel Bahasa Inggerisnya padaku... Penulis pertama yang aku suka R.L Stine...
Sampailah sekarang... A.Samad Saidnya buku pun aku baca.. hehehe...

Seronok sebenarnya membaca nie.. Boleh menambah tatabahasa kalo buku tuh menggunakan bahasa melayu dan bahasa inggeris yang betul..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..