Friday, October 31, 2014

Fenomena Mangga Asam Boi

Assalamualaikum...

Wah dah berabuk dah blog nie..
Hehehe.. Maaflah, bahan nak ditaip banyak tapi idea xde lak..
Nie baru dapat Ilham..
Ilham pun datang dr makanan.. hehehe..
Kebetulan sekarang nie dekat Internet tengah hangat orang pos pasal Mangga Asam Boi nie..
Teringin nak cuba, malangnya umah xde pokok mangga..
Kebetulan ada staf opis bawak minta tolong buatkan..
So trylah buat..
Senang jer..

Mangga Asam Boi

Bahan:-
1. Mangga
2. Gula
3. Asam Boi (Merah/Putih)
4. Cili Padi
5. Garam (sedikit sahaja)

Cara Membuatnya:-
1. Basuh mangga dan biarkan airnya kering, kemudian kupas kulitnya.. Setelah itu potong kecik2.. Ikut sukalah nak potong macam mana.
2. Buh dalam besen supaya senang nak gaul. Masukkan asam boi, gula dan cili padi. (bahan-bahan yang ini ikut suka masing-masing.. Xde sukatan tertentu..)
3. Gaul dan masukkan dalam balang. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 4 jam.. Kemudian bolehlah makan.

p.s : Selain mangga, boleh juga gunakan jambu batu, nenas, epal, sengkuang dan juga buah yang ada suka..

Pakai Asam Boi Putih

Pakai Asam Boi Merah

Trajedi di Terengganu

Assalamualaikum..

Awal bulan 10 aritu, ada pergi Terengganu..
Saja bawak Mother In Law berjalan..
Dah janji sebenarnya..
Patutnya kami pergi awal tahun 2014 tapi Ayah Mertua meninggal (Okt 2013) so tangguhkan..
Xde rezeki nak bawak FIL sekali..
Tapi Alhamdulillah dapat gak bawak MIL ke Terengganu..
seronok MIL.. Puas berjalan dan makan..

Masa hari kedua kat Terengganu ada tragedi berlaku..
Rezeki nak kena kan..
Kami pergi dua Kereta...
Suami dgn MIL
Saya anak2 dan adik lelaki satu lg keta..
Masa tgh cari tmpt makan Nasi Kukus kereta yang en.suami bawak terlanggar kunci..
Tercacak kunci tu...
So berenti tepi jalan dan ganti tayar spare..
Esok paginya sebelum gerak balik ke Perak en.suami tukar tayar..
Alhamdulillah.. settle je terus gerak balik...

kunci yang tertanam di tayar

Kudis Buta

Assalamualaikum..

Mulanya Nur Imani kena penyakit kulit Ekzema, tapi xlama lepastu terkena pula Kudis Buta. Lama jugalah kami bertungkus lumus nak hilangkan Kudis Buta nie.. kena sekitar Februari 2014.
Penyakit yang selalu terkena pelajar-pelajar diAsrama..
Memang menderita bila kena kudis Buta ini.
Sebab dia akan menjangkiti semua yang duduk serumah dengan orang yg terkena kudis buta ini.
Kasih rasa penyakit ini menjadi satu fenomena sebab masa tu tengah musim panas dan sejuk yang x menentu.. Bukan Imani jer yang kena tapi semua yang duduk satu Taska dengan dia pun kena termasuklah pengasuh dia.
Macam-macam rawatan yang kami buat untuk dia..
Siap pergi amik air penawar.. hehehe...
Klinik usah citer r.. berulang jer..
Sebab Imani kena sampai bernanah-nanah..
Memula dia akan naik biji-biji gatal..
Imani akan start menggaru pada waktu malam.. Bila tengah malam jer dia akan bangun dan menggaru.. Memang gatal..
Kami terpaksa merebus semua baju yang dipakai.. termasuklah cadar-cadar semua..
Tilam, Bantal ngn toto kena jemur tengah panas.. Nasib baiklah musim Panas masa tu..
Tu belum lagi ubat-ubatan.. Sudahnya kami beli ubat kat Farmasi jer.. Baru berkesan..
Habis ratusan ringgit jugaklah..
Alhamdulillah, akhirnya berjaya gak melalui tempoh yang mencabar nie..

Antara Ubat yang kami gunakan..

1. Dari Klinik Swasta
 Cream antibiotik (nie masa kudis tu bernanah)

 Antibiotik makan

2. Beli kat Farmasi
Lotion nie untuk sapu seluruh badan 3 kali seminggu

 Minyak nie sapu kat tempat luka dan gatal.. Pedih dan berangin

 Shower gel (kandungan dia ada minyak tea tree)


3. Produk Alken


4. Mandi Laut
6. Produk HPA
5. Ubat Klinik Kerajaan
     a) Calamine lotion
     b)Cream


Thursday, October 30, 2014

Penyakit Kulit Ekzema

Assalamualaikum..
Hari ini kasih nak berkongsi mengenai masalah kulit yang terjadi pada anak kasih yg kecik..
Mulanya dikatakan masalah kulit iaitu Ekzema tapi kemudiannya Kudis Buta.
Memula mari Kasih terangkan mengenai Ekzema.


Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun.

Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Maklumat lanjut boleh ke Baby Center.


Masa memula anak kasih Nur Imani kena penyakit ini kami bawa dia ke klinik kerajaan, dan juga swasta.. Kesian tengok dia menggaru.. lepastu kulit dia merah-merah..
Rawatan yang nampak berkesan ialah bila kami bawa dia ke Klinik Nagoke di Tanjung Tualang.
Mahal.. Tapi Alhamdulillah ubat tu serasi..
Jauh dan kena pergi awal klinik nie.. Ramai sangat orangnye..
Kena beratur amik nombor dan tunggu giliran..
Ada yang datang dari Johor dan KL..
bawaklah bekal makanan ye.. sebelah Klinik nie ada kedai mamak..
Mujur kami datang awal, jd xdelah lama menunggu..
Menurut kata doktor tu, penyakit ni biasanya sampai umur dia dua tahun jer..
InsyaAllah lepas 2 tahun penyakit ini akan hilang sendiri..
Selain ubat dekat Klinik, kasih bagi dia makan ubat dari Produk Elken.

Produk yang kasih gunakan dari Elken..




Alamat klinik di Tanjung Tualang itu..
Klinik Nagoke
No. 9 Laluan Sungai Durian,
31800 Tanjung Tualang,
Perak Darul Ridzuan
05-3609217

Thursday, October 9, 2014

Berger Best di Behrang 2020

Assalamualaikum..

Gerai berger yang sangat best..
Buka setiap hari kecuali hari Sabtu dan hari-hari tertentu yang penjual ada hal..
Buka dari jam 5.30 ptg Kecuali hari selasa.. Selasa awal sikit sebab ada pasar malam..
Hehehe... Memang best r..
Cukup sifatnya.. sayur, sos.. dagingnya masak cantik jer.. pastu harga pun oklah..
roti dia pun sedap jer..
Pergh.. memang menjilat jari..
Abang berger nie ada buka kedai x jauh dari tempat dia jual berger..
Senang jer nak cari kedai berger dia..


Saturday, October 4, 2014

Gelap oleh Ariff Adly

Assalamualaikum...

Hehehe.. Novel lagi..
Baru beli dari member.. kira second hand lah.. Tapi bukunya masih elok lagi.. macam baru beli dekat kedai.. X tertahan tengok tajuknya tu yang terus beli..
Setakat ni buku-buku keluaran Fixi nie memang best... Walaupun baru baca beberapa jer..
Citernye memang menarik..


Sinopsis:
ekumpulan kawan dari keluarga orang berada mengamalkan gaya hidup bebas. ‘Private party’ setiap tahun sudah menjadi satu tradisi.

Satu invitasi daripada Adi dan Maya yang merupakan tuan rumah kali ini diterima oleh Anip, Dawi, Sheqa, Atirah, Eva dan Ed bertempat di kawasan hutan tempat jin bertandang.

Tanpa mereka sedar, parti kali ini mungkin menjadi parti terakhir mereka. Bermula dengan satu kematian, diikuti kematian yang lain. Setiap satu nyawa yang hilang diganti dengan sekeping nota bernombor. Masa bukan teman. Apa mereka sempat merungkai mesej si pelaku? Dapatkah mereka lari daripada cengkaman GELAP ini? - See more at: https://www.e-sentral.com/search/byid/41438/gelap#sthash.Q7y0AOzz.dpuf
Sekumpulan kawan dari keluarga orang berada mengamalkan gaya hidup bebas. ‘Private party’ setiap tahun sudah menjadi satu tradisi.
Satu invitasi daripada Adi dan Maya yang merupakan tuan rumah kali ini diterima oleh Anip, Dawi, Sheqa, Atirah, Eva dan Ed bertempat di kawasan hutan tempat jin bertandang.
Tanpa mereka sedar, parti kali ini mungkin menjadi parti terakhir mereka. Bermula dengan satu kematian, diikuti kematian yang lain. Setiap satu nyawa yang hilang diganti dengan sekeping nota bernombor. Masa bukan teman. Apa mereka sempat merungkai mesej si pelaku? Dapatkah mereka lari daripada cengkaman GELAP ini?

Komen Aku:
  Aku suka jalan cerita dia.. Kalau kau baca, kau mungkin xsangka siapa sebenarnya yang jahat.. Aku mulanya menyangka orang lain tapi akhirnya sangkaan aku tersasar.. Pengajaran dari cerita ini, apa sahaja yang kita buat akan memberi kesan pada orang sekeliling kita. Jadi jangan amik mudah.. Jangan hanya kerana dengki kau lakukan perkara terkutuk.. Yang salah tetap salah.. Manusia boleh menjadi sangat jahat hanya kerana kasih sayang dan dendam..
ekumpulan kawan dari keluarga orang berada mengamalkan gaya hidup bebas. ‘Private party’ setiap tahun sudah menjadi satu tradisi.

Satu invitasi daripada Adi dan Maya yang merupakan tuan rumah kali ini diterima oleh Anip, Dawi, Sheqa, Atirah, Eva dan Ed bertempat di kawasan hutan tempat jin bertandang.

Tanpa mereka sedar, parti kali ini mungkin menjadi parti terakhir mereka. Bermula dengan satu kematian, diikuti kematian yang lain. Setiap satu nyawa yang hilang diganti dengan sekeping nota bernombor. Masa bukan teman. Apa mereka sempat merungkai mesej si pelaku? Dapatkah mereka lari daripada cengkaman GELAP ini? - See more at: https://www.e-sentral.com/search/byid/41438/gelap#sthash.Q7y0AOzz.dpuf
ekumpulan kawan dari keluarga orang berada mengamalkan gaya hidup bebas. ‘Private party’ setiap tahun sudah menjadi satu tradisi.

Satu invitasi daripada Adi dan Maya yang merupakan tuan rumah kali ini diterima oleh Anip, Dawi, Sheqa, Atirah, Eva dan Ed bertempat di kawasan hutan tempat jin bertandang.

Tanpa mereka sedar, parti kali ini mungkin menjadi parti terakhir mereka. Bermula dengan satu kematian, diikuti kematian yang lain. Setiap satu nyawa yang hilang diganti dengan sekeping nota bernombor. Masa bukan teman. Apa mereka sempat merungkai mesej si pelaku? Dapatkah mereka lari daripada cengkaman GELAP ini? - See more at: https://www.e-sentral.com/search/byid/41438/gelap#sthash.Q7y0AOzz.dpuf

Friday, October 3, 2014

Kedai Kek Sweet Secret (Bakery Ingredient Shop) , Slim River.

Assalamualaikum..

Minat buat kek??
Memang meniaga??
Suka buat biskut??
Bolehlah gi sini kalau duk area Slim..
Senang je nak cari kedai ni..
Berhampiran dengan KFC Slim River..
Dia kebelakang sikit..

Barang-barang dia banyak jugak.. Saya suka pergi kat sini kalau nak cari hiasan gula tu.. ala yg berbentuk tu cam bentuk love, bintang.. coklat urai.. coklat chip.. memang banyak warna. Banyak perisa..


Thursday, October 2, 2014

Burger Best di Kg. Balun, Slim River

Assalamualaikum..
Pergh.. memang terangkat.. Sekali rasa pasti nak lagi..
Berger dia besar dan tebal..
Sos banyak.. sayur pun banyak..
Harga masih lagi murah..
Berger ayam biasa baru RM2.00
Oblong RM4.00..
Biasanya memang beratur panjang r orang membeli kat gerai abg nie..
Gerai berger nie kat Kg. Balun, Slim River..
Nama abg yang jual nie Abg Man..
Kalo masa bulan Ramadhan, abg nie niaga roti john pat Pasar Ramadhan Slim River..

Oblong Ayam RM4.00

Siap ada no fon ko...