Friday, October 31, 2014

Fenomena Mangga Asam Boi

Assalamualaikum...

Wah dah berabuk dah blog nie..
Hehehe.. Maaflah, bahan nak ditaip banyak tapi idea xde lak..
Nie baru dapat Ilham..
Ilham pun datang dr makanan.. hehehe..
Kebetulan sekarang nie dekat Internet tengah hangat orang pos pasal Mangga Asam Boi nie..
Teringin nak cuba, malangnya umah xde pokok mangga..
Kebetulan ada staf opis bawak minta tolong buatkan..
So trylah buat..
Senang jer..

Mangga Asam Boi

Bahan:-
1. Mangga
2. Gula
3. Asam Boi (Merah/Putih)
4. Cili Padi
5. Garam (sedikit sahaja)

Cara Membuatnya:-
1. Basuh mangga dan biarkan airnya kering, kemudian kupas kulitnya.. Setelah itu potong kecik2.. Ikut sukalah nak potong macam mana.
2. Buh dalam besen supaya senang nak gaul. Masukkan asam boi, gula dan cili padi. (bahan-bahan yang ini ikut suka masing-masing.. Xde sukatan tertentu..)
3. Gaul dan masukkan dalam balang. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 4 jam.. Kemudian bolehlah makan.

p.s : Selain mangga, boleh juga gunakan jambu batu, nenas, epal, sengkuang dan juga buah yang ada suka..

Pakai Asam Boi Putih

Pakai Asam Boi Merah

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..