Monday, February 16, 2015

Mengejar Ajal oleh Khairulnizam Bakeri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini dah lama habis baca..
Baru sempat nak review..
Seriously kalo nak baca buku ini, kena baca dengan teliti..
Jangan nak skip-skip..
Kalo korang skip-skip memang korang pening..
Jalan cerita agak berkecamuk tapi menarik..
Penuh debaran tersendiri..
ko tak kan sangka siapa yang jahat sebenarnya..
Sangat menakutkan..
Kalo baca novel ini akan membuatkan korang terfikir..
betul ke dia nie macam ini..
Personaliti seorang manusia tu ko memang x kan jangka..
Yang baik mungkin akan jadi jahat..
yang jahat sebenarnya sangat kejam..

Definasi jahat tu ko sendiri xle nak rungkai..
So selamat membaca..


Sinopsis : Timbalan Pendakwaraya Raed digelar The Hangman dan Undertaker kerana tidak pernah tewas dalam perbicaraan. Adani, pelukis masyhur di seluruh dunia. Walau buta sejak lahir akibat kecacatan genetik, dia mampu melukis hanya dengan menggunakan deria rasa. Takdir Ilahi mempertemukan mereka.

Segalanya berubah apabila Raed mengendalikan kes Datuk Buyong, bekas menteri yang dituduh membunuh seorang pelacur kelas atasan. Buat kali pertama, Raed tewas dan kematian Datuk Buyong beberapa hari kemudian menjadikan Raed sebagai suspek utama. Dia dituduh dan dibicarakan.

Di hari perbicaraan, Raed diculik. Polis sangka itu helah lalu dia diburu. Penculiknya membery syarat paling sukar. Bunuh tiga orang dalam masa tiga hari, atau nyawa Adani jadi pengganti. Siapakah tiga mangsa Raed? Siapakah yang menculiknya? Benarkah dia yang membunuh Datuk Buyong? Bagaimana harus memburu, andai dia diburu? Bersama Raed, MENGEJAR AJAL. (Sumber - https://www.goodreads.com/book/show/18168836-mengejar-ajal)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..