Wednesday, May 27, 2015

Bisik oleh Syaihan Syafiq

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gilalah..
Mula2 baca 15 muka surat yg pertama aku lost..
Terasa kecelaruan yg berselirat..
Aku gagahkan mata untuk terus membaca..
Menghadam setiap bait2 yg tercetak di atas kertas.
Semakin lama minda mula menerima dan otak mula berkerja menafsir apa yg sebenarnya berlaku..
Akhirnya jiwa menemukan jawapan..
Yes!!! Berjaya mengkhatamkan novel nukilan Syaihan Syafiq ini..
Best bila kau baca buku nie masa kau tengah serabut..
Membantu menyerabutkan yg kusut..
Kemudian, BOOOOMMM!!! Otak kau berfungsi dengan baik..

Sinopsis dari belakang buku:-
Mikael berpindah rumah selepas teman serumahnya mati terjatuh dari balkoni. Namun di pangsapuri baru, Mikael mula hilang ingatan dan didatangi BISIK yang muncul secara rawak.

Tambah mengelirukan apabila teman serumah barunya Nazzman, ialah seorang yang amat mencurigakan; biarpun tidak mempercayainya secara penuh, Mikael melihat Nazzman sebagai orang yang mampu membantu memulihkan ingatannya.

Mikael juga mula menjalinkan hubungan dengan Suraya, perempuan yang pernah menjadi kekasih bekas teman serumahnya. Namun apabila kejadian tragis menimpa Suraya, Mikael mengesyaki Nazzman sebagai dalang.

Apakah punca bisik-bisik yang mengganggu Mikael?
Dan siapakah Nazzman sebenarnya?



Cover novel nie adalah kucing..
Memang menarik..
Baca sampai habis dan ko akan menemukan keserasian kucing itu dengan isi cerita novel ini..
PERCAYALAH!!!Baca dulu..

10 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..