Thursday, June 4, 2015

Dendam Ratu Ular oleh Annur Shanana

Assalamualaikum..

Mengisahkan perjanjian di antara manusia dan syaitan yg direjam..
Bila nafsu lebih menguasai iman.. Agama ditinggalkan..
Manusia selalu lupa yang kurang itu bukanlah perlu dihina dan di benci tapi dibantu..
Olahan ynag menarik.. Sesuai dibaca di malam hari untuk mood yang suram..
Buku yg menarik untuk di baca..
Banyak pengajaran yg boleh di pelajari..
Penghinaan kepada manusia yg berbeza..
Kita sering terlupa bahawa kejdian Allah itu cantik dan indah..siapalah kita utk menghukum manusia itu pembawa sial..
Jangan terlalu taksub dgn nafsu sehingga merobohkan masjid yg dibina..

Garapan novel yg menarik..
Penuh teka teki..
Penggunaan dendam dan sakit hati sebagai tunjang cerita, memang mantap..
Cerita disampaikan mudah difahami..
Terdapat keseraman yg minimal dan suspen..
Pengajaran yg diselitkan juga bagus..

Published October 2013 by Buku Prima


Sinopsis

KAIRA, gadis malang yang menjadi mangsa hinaan penduduk kampung disebabkan fizikalnya yang cacat dan hodoh. Akibat perbuatan khianat Kalsum yang sekian lama menyimpan dendam terhadap keluarganya, rumahnya dibakar. Neneknya terbunuh dalam kejadian itu. Kaira yang terselamat dari bencana itu kini hilang tempat bergantung hidup. 

Dia membawa diri jauh dari kampung bersama segunung rasa sedih dan dendam yang berapi. Segalanya berubah apabila dia dihumban ke dalam sebuah perigi buta oleh satu kuasa ghaib,lalu bertemulah Kaira dengan Raja Ganerin,iaitu raja ular jadian daripada bangsa jin. Syarat perjanjian dimeterai, Kaira berubah menjadi cantik tetapi sangat berbisa! Dengan kecantikan miliknya, dia kembali untuk melunaskan dendam. Namun cinta yang akan menjadi racun dalam hidupnya datang tanpa diduga. Keadaan menjadi semakin sukar. Derita sentiasa mengekori Kaira.

“Bagaimana untuk aku hidup bersamanya, sedangkan dia begitu taat kepada TUHANnya? Manakala aku pula makhluk yang dilaknat.” – KAIRA

“Sayangku, usahlah kau menangis. Aku ada bersama kau. Kau bukan lagi manusia biasa. Kini kau menjadi milikku. Jasad kau saja manusia. Tetapi jiwa kau sudah mati! Kau kini makhluk jadian. Kau adalah ratu ular!” - RAJA GANERIN

“Kalau kau berani, cubalah! Aku juga akan pastikan kau tak akan terlepas. Kau jangan lupa, walaupun itu cadangan aku, tapi kau yang membakar rumah tu!” – KALSUM 

1 comment:

  1. wah banyaknya novelll...klau dekat confirm pinjam haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..