Sunday, June 7, 2015

Ops! Zulaikha.... oleh Hasrudi Jawawi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel di mana-mana..
Cerita mengenai dunia seorang polis..
Penyamaran..Operasi mengintip..
Kerana inginkan sesuatu, manusia sanggup melakukan apa sahaja..
Perkembangan jalan cerita yang tersusun dan x perlu untuk berteka teki siapa yang jahat..
Watak2 yang berkembang dengan baik..
Cuma satu je lah yg kurang, semua watak jahat mati..
Macam xbest la pula bila xde satu pun watak jahat yg berjaya ditangkap untuk dihukum..
Pas2 ada satu watak tu x di ceritakan apa yg terjadi..
Pengakhiran yg agak mengecewakan..Sedihlah..
Kalau buat drama menarik nie..boleh buat bersiri sebab tebal gila kan novel nie..Tp ending dia mungkin patut di ubah..barulah gempak..


Sinopsis novel :- Zulaikha akhirnya terperangkap di antara kerjaya dan cinta. Dalam satu kes besar melibatkan dadah yang perlu disiasat, Zulaikha terjebak dalam cinta dua orang lelaki. Kedua-duanya merupakan suspek utama. Sebagai seorang anggota polis yang berpangkat inspektor, dia perlu mengasingkan hal peribadi dan kerja. Tapi soal hati sukar diduga. Hatinya sudah terpaut pada salah seorang suspeknya sendiri. Jadi, siapa pilihan Zulaikha? Sama ada Darwish ataupun Qadir? Di antara keduanya, siapa suspek sebenar kes yang disiasat? Atau dia menolak kedua-duanya dan memilih Kamal, rakan setugasnya yang telah menaruh hati kepadanya sejak sekian lama.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..