Saturday, June 27, 2015

#Cabaran20Hari : Erti Puasa Bagi Saya

Assalamualaikum...
Bermula hari ini sha akan cuba membuat satu entri berkaitan raya/puasa..
Ini kerana menyahut #Cabaran20Hari..
Semoga momentum akan dapat dikekalkan.. hehehe...

Erti Puasa Bagi Saya
Puasa mengajar saya erti syukur terhadap semua nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada saya.. Sesungguhnya Puasa ini banyak membantu dalam mendidik diri saya supaya lebih bersyukur dan berserah kepada Allah.. Selain itu puasa juga membantu saya mengawal nafsu makan yang kadangkala sukar dilakukan pada bulan bulan lainnya.. Puasa juga merapatkan lagi hubungan saya dan suami serta anak-anak... Nikmatnya berpuasa disamping yang tersayang..

Kepada yang berminat untuk menyertai #Cabaran20Hari bolehlah pergi ke blog ARZMOHA dan sahutlah #Cabaran20Hari..

Cabaran akan bermula pada 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015.

Selamat menyahut #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Informasi mengenai Puasa

Puasa - Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Kelebihan Bulan Ramadhan - Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Di dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik dariapada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar. Lailatul Qadar atau Malam Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun. Maka berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan Solat Isyak berjamaah dan Solat Sunat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar.

Rasullah mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi. Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. Pada malam itu al-Quran diturunkan, malam Qadar berlaku pada 17 Ramadan, sementara menurut al-Mubarakfury al-Quran turun pada malam 21 Ramadan.

Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah “Sesiapa yang solat Isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)

Sabda Rasulullah : "Allah berfirman; "Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dikerjakan) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-Ku. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku, dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya."

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al-Muwattha, Kitab al-Syiyam. No:603)

Info diperolehi dari Wikipedia.

8 comments:

  1. Nice entry ! Bulan Ramadhan adalah sebaik2 bulan untuk kita muhasabah diri :)

    ReplyDelete
  2. Go go chaiyok ~

    #Cabaran20Hari #bloggerutara

    ReplyDelete
  3. setuju, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi..... sebab tuh sedekah dalam bulan puasa ni, Allah lipat kali gandakan pahalanya kan :D selamat berpuasa yer :D

    ReplyDelete
  4. terima kasih sudi sahut #cabaran20hari Raya dan Puasa 2015 dari EFG group..
    Nice entry.. :D

    ReplyDelete
  5. Nice sharing

    #bloggerutara group

    ReplyDelete
  6. Puasa buat semua sentiasa dekat dengan Allah serta menambah kemesraan antara ahli keluarga yer...

    ReplyDelete
  7. Assalam sha,
    nice info at the end of the entry :)

    #BLoggerUtara

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..