Tuesday, June 2, 2015

Suamiku Mr. Blind oleh DanishaRahmat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik novel nie tp saya x setuju kalau diadaptasikan ke drama..
X sesuai.. Lebih sesuai dalam bentuk bacaan sahaja.. (Hanyalah pandangan saya)
Ada pengajaran yg boleh diambil dan dijadikan iktibar..
Masa muda bukanlah masa utk kita berseronok sahaja..
Setiap perbuatan yg kita lakukan pasti ada kesannya..
Perhubungan sonsang yg tidak ke mana..
Hubungan suami isteri kalau tanpa komunikash pasti xkan berhasil..cemburu buta dan panas baran pasti mengundan malapetaka..
Sekiranya telah tersedar akan kesalahan yg dilakukan, bertaubatlah..Allah sentiasa mendengar doa hambanya..
Dalam serius ada juga moment2 lawak diselitkan..
Owh ya!!pada suami isteri yg baru kawin bolehlah cuba baca novel nie..Ada diselitkan tips bagaimana memikat suami supaya tidak memandang yg lain..
Part nie lawak..seriously..try la baca..
Penulisan yg mantap oleh Danisyarahmat

Sinopsis :“Kalau kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi.” Ain Syuhada, pengawas yang sebesar anak gajah itu ingin balas dendam kerana ditolak jatuh ke dalam lumpur sawah.

Racun serangga jenama Redinsect segera disembur ke muka Aidil Zafran.

“Aku tak nampak apa-apalah!”

Ah, sudah! Sungguh Ain Syuhada tidak menyangka racun serangga itu mampu meragut penglihatan Aidil Zafran. Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan seumur hidup untuk membayar apa yang telah dilakukan kepada Aidil Zafran pun, dia masih tak akan mampu melunaskan hutangnya itu.

“Jangan muncul di hadapan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau lagi. Apa saja yang berkaitan dengan kau, aku tak mahu tahu.” – AIDIL ZAFRAN.

Cuma kalau dah namanya jodoh, larilah ke penghujung dunia sekalipun, pasti akan bertemu juga. Sebelas tahun kemudian… Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya.

“Errr… Saya Ain… Ain Syuhada Ismail. PA bos.”

AIN SYUHADA muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. Dah namanya pun mr. blind!

Hati Aidil Zafran diketuk perasaan yang luar biasa sewaktu bersama PAnya yang menjaganya penuh kasih. Cinta mula datang walaupun tidak terlihat, maklumlah cinta itu buta!

Pada saat pernikahan Ain Syuhada dengan Rayyan Aziz dibatalkan, Aidil Zafran datang dengan rela menjadi galang ganti. Namun, saat lafaz akad dilafazkan, masih relakah dia apabila identiti Ain Syuhada terbongkar?

“Kau sengaja nak perangkap aku, kan? Kau jangan ingat bila aku dah kahwin dengan kau, aku dapat maafkan kau. Aku akan pastikan kau hidup merana, Ain.”

Benarkah cinta itu hilang saat dendam merajainya?

9 comments:

  1. Singgah sini..
    tgh baca novel eksperimen cinta :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti leh share review..tajuk menarik tu..

      Delete
  2. Aiyooo....mcm akan mengundang review pedas akk jer. I might need to stay away kot. Tp akk tgh tunggu Kimchi Untuk Awak sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak azie bacalah.,le share review pedas akak tu..
      Kimchi untuk Awak..tajuk menarik..le cari nie..

      Delete
  3. Replies
    1. Menarik tertarik novel nie memang kebaboom!! 😁

      Delete
  4. Eh Ain >< hahaha. setuju ! Semua nak buat cerita tak best laa. lagipun sesetengah scene tak sesuai untuk ditayangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh..nama samalah ngn watak novel nie...kan ada sesetengah scene tu x sesuai..lg pun asyiklah adaptasi novel..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..