Monday, June 22, 2015

SR Publication - Ributnya Cinta by Phidot

Assalamualaikum...
Hye semua..

Novel yang berkisar mengenai sepasang suami isteri..
Menarik cerita ini...
Bercinta masa belajar.. Terpisa..
Hilang ingatan.. Kembali bercinta selepas di paksa berkahwin..
Teringat kembali, kemudian bertemu semula cinta hati..
kembali bercinta lagi...
Banyak pengajaran mengenai hubungan suami isteri..
Jangan cepat jatuh hukum hanya dengan melihat luaran...
Tolak ansur... Saling mempercayai..
Jujur dan setia..



Sinopsis Belakang Buku :- Melanjutkan pelajaran ke Park Choi College membuka tirai kehidupan yang sebenar, buat Edasha Hanie. Status cucu jutawan di sembunyikan, penampilan biasa menjadi ejekan di kalangan pelajar-pelajar golongan elit di kolejnya. ‘Prince No Smile’ gelaran yang diberi pada jejaka tampan bernama Tengku Eismael Malik. Wajahnya beku, tiada senyuman yang terlakar dibibirnya itu. Pertemuan Tengku Esmael Malik dengan Edasha Hanie telah mengenalkan erti senyuman pada dirinya. Cinta hadir tanpa dipinta. Namun belum sempat dia meluahkan perasaan, takdir telah memisahkan mereka. Edasha Hanie bingung, mengapa Tengku Eismael Malik bagaikan tidak mengenali dirinya? Adakah tempoh lima tahun itu telah melenyapkan terus namanya di kotak ingatan lelaki ini?Kini Edasha Hanie akur, cinta Tengku Eismael Malik bukan lagi untuknya, jika sudah tersurat ketentuan Yang Maha Esa, dia reda menerimanya. Tetapi bukan semudah itu dia akan mengalah dengan lelaki yang perasan ‘macho’ ini.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..