Saturday, September 19, 2015

Drama Korea | Hello Monster / I Remember You

Holla.. moh le sembang drama Korea..
Pergh!! Plot memang twisted giler r..
Abang lawan adik..

Masa memula tgk raser macam watak utama tu psiko.. Masuk episod seterusnya, mula rasa macam adik dia jahat.. Kemudian bila episod lain ditonton, rasa macam ada orang lain pula yang jahat. Aduhai!!! Penasaran dibuatnya..

Tapi tekaan saya mengenai siapa itu siapa memang tepat.. Tujuan si jahat adalah untuk menolong kanak-kanak A.. Tapi kerana tujuan si jahat tu, Kanak-kanak B jadi jahat.. Perasaan yang dipendam telah menyebabkan kejahatan terserlah. Sebenarnya si jahat xlah jahat cuma cara dia dibesarkan telah menyebabkan dia membesar menjadi jahat.. Pada dia, dia cuma ingin menolong tapi caranya salah. Kanak-kanak A adalah orang pertama yang tau si jahat adalah berbeza dan tidak takut padanya, kerana itu si jahat sangat-sangat menyukai kanak-kanak A.

Ending cerita ini agak mengecewakan sebab tiada penamat. Mungkin pengarah berhajat untuk membuat sambungan kot..
Menarik sebenarnya bila menonton drama ini. Buat kita berfikir dalam diri kita memang ada jahat dan baik. Bagaimana kita mengawalnya akan membentuk siapa diri kita. Perhubungan antara adik dan abang juga sangat kuat dalam cerita ini. Bagaimana seorang abang melindungi adiknya.

Cerita dan tajuk memang compliment each other.. Suka cerita2 misteri dan psiko camnie.. Paling best bila watak jahat tu buat kita simpati pada dia sebab niat dia yang baik walaupun cara dia salah.

Poster yang menarik

Pelakon-pelakonnya

4 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..