Monday, October 19, 2015

#2 Novel Cinta dan Romantik Komedi

Assalamuaikum..
Jom kita membaca.. Jadikanlah sebagai hobi.. Meh saya share beberapa novel cinta dan romantik komedi dengan pembaca semua. Aktiviti membaca ini jarang saya buat. Tapi bila datang angin dia memang x lepas r buku tu selagi x sampai muka surat terakhir..
Seronoknya sebab saya akan dapat berimaginasi.. Membayangkan jalan cerita dalam gambaran di kepala.

1. Korea I'm In Love oleh Zuliana Abuas
Ulasan Saya ; Novel yang sangat menarik. Menceritakan mengenai kesungguhan, semangat tidak berputus asa, ikatan persabatan dan juga kasih sayang pada keluarga. Bagus novel ini dibaca oleh remaja. Tidak berkisarkan mengenai cinta remaja sebaliknya mengambil Korea sebagai medium utama. Kerana K-Pop cabaran bermula. Kerana K-Pop juga semangat menjadi berkobar-kobar. Semoga penulis akan terus berkarya seperti ini. Saya suka sangat.


2. Susyi dan Burger oleh Syima Syawal
Ulasan Saya ; Penceritaan yang sangat bagus.. Novel ini berkisarkan hubungan adik beradik tiri yang berlainan emak dan ayah. Bagaimana mereka menyesuaikan diri. Bertolak ansur. Sesuai sangat dibaca oleh golongan remaja. Simple dan sempoi. (Novel ini sebenarnya novel untuk golongan remaja ye. Tapi nak buat camne kalau mak budak dah bosan.. Gitulah jadinya.. Hehehe..)


3. Cinta Perisa Dia oleh Lynn Dayana
Ulasan Saya ; Novel yang sangat menarik. Kerana inginkan anak terunanya berkahwin, maka rancangan mencari menantu dibuat. Pelbagai karekter dan watak yang datang menghantar resume. Dalam banyak-banyak, hanya ada beberapa sahaja yang terpilih. Antara yang terpilih, ada seorang yang berjaya walau tanpa pengetahuannya. Pelbagai drama dan insiden yang berlaku sepanjang rancangan berlaku. Watak utama merupakan pelarian, kerana terjebak dengan hasrat kawan, semakin jauh dia berlari. Kemanapun kaki melangkah, jodoh tetap akan datang. (Boleh tengok update mengenai penulis di Blog Lynn Dayana)

3 comments:

  1. Dah lama tak membaca.. terasa rindu pulak...

    ReplyDelete
  2. dah lama tak membaca novel. rasa mcm takdan sekarang ni huuuu padahal baru anak sorang pfttttttt

    ReplyDelete
  3. ain byk novel yg beli tapi tak baca . hm

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..