Friday, October 30, 2015

Koleksi Novel Seram Dan Misteri #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Membaca Budaya Sehat..
Eh.. tetibe lak.. Bukan apa, sajalah nak share.. Membaca nie bagus..
Tambah-tambah kalau bahan ilmiah..
Kalau x minat yg ilmiah boleh pilih bahan bacaan yang boleh memotivasikan diri..
Tapi yang sha nak share nie bacaan ringan yang baru diperolehi dari Perpustakaan Negara Malaysia..
Sha rangkumkan sekali.. Bukan apa takut pembaca bosan lak.. hehehe..
Nie dah entry kedua mengenai novel-novel seram dan misteri.. Dekat sini sha share ulasan sha mengenai novel-novel ini ye.. Moh le kita tgk novel apa..


1. Cerita Satu Malam oleh Zaifuzaman Ahmad
Ulasan Sha
: Meremang bulu roma.. hahaha.. gatal lagi pi baca.. Garapan penulis cerita dalam cerita memang menakutkan.. Cerita yang berlaku pada satu malam sahaja.. Mengenai sebuah bangunan yang dikatakan berhantu.. Memang betol2 buat bulu roma meremang..Nak lagi best baca malam2.. Gambaran hantu yang memang boleh buat kita teringat-ingat.. Novel ini menceritakan mengenai bangunan itu yang memang berhantu, tempat parking kereta dan tandas perempuan.


2. Cinta Gadis Pontianak oleh Meor Shariman
Ulasan Saya :
Cerita ini xde la seram sangat. Tapi masih mampu membuatkan bulu roma kita meremang. Berkisarkan mengenai seorang gadis yang mewarisi darah pontianak kerana ibunya berasal dari pontianak. Teringin nak bercinta tapi agak sukar kerana darah pontianak yang mengalir dalam dirinya. Namun dia juga seperti manusia biasa, boleh keluar di waktu siang.. Makan dan minum seperti manusia. Cuma dia tidak menghisap darah..

9 comments:

  1. Saya pun dah baca novel Cerita Satu Malam, tapi jalan citernya hampir sama (70% hampir sama) dengan filem hantu Cina yang bertajuk 'Ghost Office'... ^_^

    ReplyDelete
  2. Sha kalau nak pinjam dgn perpustakaan novel boleh ke hahhahha

    ReplyDelete
  3. baca malam2 baru seram kan

    ReplyDelete
  4. Argh ! suka cerita seram...

    Nak beli lah buku ni...

    ReplyDelete
  5. Saya dah lama tak baca buku cerita seram :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..