Thursday, October 1, 2015

Ujian Pap Smear - Sudahkah Anda Melakukannya?

Assalamualaikum...
Bagaimanakah kesihatan anda hari ini?
Sha harap, pembaca semua sihat dan ceria selalu.
Sha nak kongsi info penting untuk kaum hawa yang sudah berkahwin.
Ujian Pap Smear.. Sudahkan anda menjalaninya? Sha baru 3 kali melakukannya. First masa lepas bersalin anak sulung. Yang second x valid sebab lepas buat pap smear, sha keguguran.
Third pula baru je buat awal bulan September 2015. Kalau ikut penerangan yang sha dapat, ujian PAP ini perlu dilakukan 3 tahun berturut-turut untuk permulaan kemudian baru di selang selikan iaitu 2 tahun sekali.
Ujian ini penting untuk wanita yang dah berkahwin untuk memastikan serviks kita sihat. Seeloknya buatlah rawatan pencegahan supaya kita lebih senang untuk merawat.

Uian PAP
Ujian PAP, juga dikenali sebagai PAP Smear (ujian papanicolaou) yang dicipta oleh Dr. Georgios Papanikolaou (1883-1962), merupakan satu cara untuk memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan dan perubahan pra-malignan dalam serviks. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser.  Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel  kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh. Di samping itu juga, semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.

6 comments:

  1. xbuat lagi
    nes suruh mai
    xtaulah penakut nak mmpus ni huhu

    ReplyDelete
  2. 2 thn lps thn ni blm hehehe

    ReplyDelete
  3. eeerk.. huurm.. eerk.. huurm..
    tatau nak komen gapo...

    ReplyDelete
  4. ekin xpernah buat sha kena gak ke

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..