Friday, November 20, 2015

Musim Hujan Datang Lagi

Assalamualaikum..
Nampaknya musim hujan tiba lagi, seperti biasa Malaysia yang beriklim khatulistiwa akan mengalami musim hujan di antara bulan november dan disember. Hujung tahun juga lebih dikenali sebagai musim banjir.

Kalau dekat Behrang yang memang kawasan tadahan hujan, fenomena hujan ini adalah perkara biasa. Kalau x hujan lama tu yang luar biasa. Cuma kekerapan hujan tu bertambah. Selalunya seminggu dua atau tiga kali tapi sekarang ini boleh dikatakan tiap-tiap petang hujan akan turun.

So untuk Sha yang memandu motor didalam kawasan poli, maka bila petang je sha akan bawa kereta supaya tidak kebasahan ditimpa hujan.. Malam-malam dekat Behrang ini, sejuk jer.. Hehehe.. Ohsem.. X payah pakai aircond.. Kalau on kipas pun dekat no 1 jer..

Bawah ini Sha share tips menghadapi musim Hujan ye..
  • Basuh baju menggunakan turbo supaya cepat kering. Kalau xde kena lah bawa gi dobi yang basuh terus kering dan lipat tu.. hehehe.. Jangan sesekali jemur baju didalam rumah sekiranya anda menggunakan pelembut fabrik, kerana ia boleh menyebabkan udara dalam rumah menjadi beracun. Kalau nak jemur dalam rumah, cukuplah menggunakan sabun sahaja ye.
  • Makan buah dengan banyak terutama sekali buah yang mengandungi vitamin C. Ini kerana vitamin C dapat memperkuatkan lagi sistem kekebalan tubuh kita.
  •  Sering-seringlah minum minuman yang panas seperti teh hijau, kopi, nescafe dan sebagainya agar suhu tubuh akan tetap panas dan dapat menghadapi cuaca sejuk di musim hujan.
  • Melakukan lebih banyak senaman di pagi hari atau petang seperti jogging, lari santai, berbasikal atau apa sahaja yang boleh mengeluarkan peluh. Supaya anda tetap kekal cergas.
  • Jangan lupa untuk minum air masak setiap pagi dan setiap hari. Minimum 8 gelas sehari, untuk musim hujan ini seeloknya anda tidak minum air sejuk/batu walaupun air masak.
  • Pastikan kelengkapan seperti payung, baju hujan sentiasa ada di dalam kenderaan anda.
  • Sentiasa pastikan mandi secepatnya selepas terkena hujan.
  • Makan sup panas sebagai menu di waktu malam. Apa sahaja sup yang dapat mengekalkan kehangatan badan anda.
  • Sentiasa bersedia menhadapi saat kecemasan.
Semoga tips-tips ini dapat membantu rakan-rakan.

9 comments:

  1. thanks for your tips... yg tang baju tu mmg harus la p guna turbo.... ngn baju anak2 byk,,,

    ReplyDelete
  2. nice sharing!
    insyaAllah akan diamalkan...

    ReplyDelete
  3. dekat sini ada masanya panas berdeting. ada harinya memang hujannnnn je tiap petang. bila nampak langit cerah cuaca elok terus laju2 buat aktiviti terbatas macam jemur baju, riadah dengan anak dekat luar. nanti time hujan duduk diam2 dalam rumah iihhihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kira.. tp tmpt sha nie kwsn tadahan hujan..jd bila musim hujan lagi kerap hujan turun.. hehehe..

      Delete
  4. kat sini selalu ujan petang2..

    ReplyDelete
  5. Assalam sha,
    waaaaaaaaaaaa
    terbaekla
    siap bgi tips uols :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..