Friday, January 15, 2016

KENAPA TUDUNG SEKOLAH BERBEZA HARGA WALAUPUN MATERIELNYA SAMA?



KENAPA TUDUNG SEKOLAH BERBEZA HARGA WALAUPUN MATERIELNYA SAMA?

Ada yang bertanya, walaupun Tudung Sekolah materiel Lycra, namun kenapa harganya berbeza?

Sebenarnya, Lycra terdiri dari pelbagai jenis dan kualiti. Ada yang berat 280g, 320g, ada yang 420g. Ada jenis kain yang lembut dan ada jenis kain yang NAMPAK LEMBUT akan tetapi apabila dipakai ianya terasa PANAS dan tidak menyerap peluh.

Kita telah mencuba beberapa jenis Lycra selama ini dan kita telah dan sentiasa membuat penambahbaikan dari masa ke semasa berdasarkan komen dan maklumbalas rakan-rakan.

LYCRA LEMBUT

Akhirnya kita mengambil keputusan untuk HANYA menghasilkan tudung dari Lycra yang lembut dan sejuk dipakai sahaja dan kita terpaksa korbankan sedikit dari segi harga.

MAJORITI IBU-IBU SAYANGKAN ANAK

Dari maklumbalas yang diterima, majoriti ibu-ibu lebih mementingkan tudung yang selesa dipakai oleh Si Comel kesayangan mereka berbanding TUDUNG MURAH yang panas apabila dipakai lama.

Dengan perbezaan hanya RM3-4 sahaja untuk tudung lycra lembut, ibu-ibu yang sayangkan anak mereka sanggup korbankan sedikit untuk mendapatkan tudung yang lebih selesa dipakai.

Pada mereka, apalah sangat perbezaan RM3-4 berbanding Si Comel yang mereka sangat sayangi.

Kami di TudungSiComel juga sangat ingin melihat lebih ramai Si Comel bertudung seawal usia dan dengan itu kami sentiasa berusaha untuk menghasilkan lebih banyak Tudung kanak-kanak yang lembut dan SELESA dipakai.

Kami juga sayangkan Si Comel anda

TUDUNG SEKOLAH AWNING LEMBUT ISTIMEWA

Untuk maklumat lanjut berkaitan Tudung Sekolah Awning Lembut Istimewa kita, jemput puan KLIK pada LINK mesra smartphone (Loading sangat Laju) di bawah:

Tudung Sekolah Awning Lembut Istimewa


KEISTIMEWAAN BERBANDING TUDUNG SEKOLAH BIASA
  • Awning Lembut yang MUDAH dibasuh menggunakan mesin basuh dan tidak rosak
  • Lycra Korea LEMBUT dan Selesa dipakai (Imported Korean Lycra)
  • Potongan Khas (cutting) yang telah menjalani sesi ujikaji selama lebih dari 2 tahun dan mampu membuatkan Si Comel SELESA memakainya.
  • Putih Nila yang sentisa kelihatan bersih sesuai untuk Si Comel sekolah rendah yang lasak.
  • Mempunyai hampir 2000 Testimoni Positif dari rakan-rakan yang pernah membeli sebelum ini.
  • Mudah dipakai dan Si Comel pasti tidak rimas menggayakannya, in shaa Allah.
SAIS
Berikut adalah ukuran labuh dari dagu bagi setiap saiz dan cadangan umur yang bersesuaian dengan Si Comel puan. Sekiranya Si Comel puan adalah bersais badan biasa rakan sebaya, in shaa Allah sesuai dengan sais yang kita cadangkan.
  • Umur 4 – 7 tahun sesuai Saiz SS (labuh 12 +/- 1 inci)
  • Umur 8 – 10 tahun sesuai Saiz S (labuh 14 +/- 1 inci)
  • Umur 10 – 12 tahun sesuai Saiz M (labuh 16 +/- 1 inci)
Testimoni



Tunggu apa lagi jom dapatkan TudungSiComel di SINI. Berbaloi-baloi

15 comments:

  1. kat sini bebudak sekolah dah tak boleh pakai tudung ada awning.. huhu

    ReplyDelete
  2. MESTILAH IBI-IBU AKAN PILIH SESUATU YANG SELESA UNTUK ANAK-ANAK KAN

    ReplyDelete
  3. Paling penting ib bapa pelrulah memilih tudung yg sesuaidan memberi keselesaan kepada anak-anaknya sebab mereka perlu berada dalam tempoh yang agak lama di sekolah.

    ReplyDelete
  4. semangat nak sekolah...
    jom tukar link blog.
    saya dah masukkan link blog anda dlm bloglist saya
    kembaraminda7.com

    ReplyDelete
  5. yee stujuu sangat. kene tahu perbezaan material kain, barulah dapat pilih yg terbaik kan. huda follow sini ;)

    ReplyDelete
  6. Hi.. cikla singgah.. awk ditag..

    http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/01/pencarian-top-5-blogger-2016.html?m=1l

    ReplyDelete
  7. akak main pilih ja.... rasa klu pakai sdiri selesa terus ambil... tak tgk dah yang lain macm2...

    ReplyDelete
  8. maybe sebab nak untung lebih kot hi hi hi...
    aida beli rm10 kat kedai biasa je.
    kena beli murah sebab nak beli byk kan.

    ReplyDelete
  9. pilih tudung anak pegi sekolah pun macam pilih tudung fesyen2 dah skrang ehehe.. tapi kena plih yg berkualiti..

    dulu lambat pakai tudung.. malu tngk kwn2 pakai baru suruh beli =P
    beli yang lycra tu tpi kalo kotor hazab nak cuci.. makin besar pakai yg kain biasa plak.. tu la ikut trend ngeh3..

    ReplyDelete
  10. tudung budak sekolah pun dah macam2 jenis.. hehehe

    ReplyDelete
  11. erm...susah juga ye nak beli tudung sek anak2...
    saya xde pengalaman lg beli tudung sekolah anak2...

    salam perkenalan...
    saya baru singgah & follow blog ni..
    jemput singgah & follow blog saya juga (^_^)

    ReplyDelete
  12. Oooo.. Tudung sekolah un bnyk jenis..baru tahu...

    Blogwalking sini

    Black & Decker Cordless Drill CD9600

    ReplyDelete
  13. Memang terbaik tudung ni... ramai yg memuji

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..