Monday, December 14, 2015

Sambal Tumis Cheezy Ball

Assalamualaikum semua,
Sebelum ini sha pernah sharekan Resepi Cheezy Ball kan.
Disebabkan adunan ini sekali buat dapat banyak.
Maka yang balance tu bolehlah buat cam sha buat nie..
Meh sha nak sharekan resepi menggunakan Cheezy Ball..
Memasak ini sebenarnya kena kreatif dan hentam sahaja..
Hehehe.. camtulah sha selalunya..
Try and error.. Kalau jadi Alhamdulillah.
Kadan-kadang kurang garam lah.. X jadi lah..
Kena berani dan yakin.. Resepi kejayaan.

Jadi jom kita cuba masakan sha yang simple ini.

Sambal Tumis Cheezy Ball
Bahan-bahannya:-
Cheezy Ball yang dah digoreng
Cili kisar (cili kering, bawang besar, bawang merah, halia dan bawang putih dikisar)
Bawang Besar
Cili Hijau
Air asam jawa @ Sos tomato

Cara Memasaknya:-
Tumis bawang dan cili hijau hingga naik bau, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan wangi. Kemudian masukkan sedikit air asam @ sos tomato. Kacau dan bolehlah masukkan Cheezy Ball yang telah digoreng tadi. Masukkan gula dan garam. Siap, bolehlah dihidang bersama nasi panas.

Hasil yang berjaya disiapkan.. 

3 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..