Sunday, January 24, 2016

Mandi Manda di Marina Water Park, Lumut

Assalamualaikum..
Sesekali bawa anak jalan-jalan dan mandi manda..
Kali ini Sha bawa mereka ke Marina Water Park..
Kami pergi pada 16.01.2016 (Sabtu).
Itupun sebab temankan adik gi Bridal..
Lepas dah penat berjalan dari satu Bridal ke satu bridal, adik ajak lepak water park..

Pergh!! Memang seronok la dua beradik tu..
Dah lama x main air..
Imani memang x takut..
Laju jer ke dalam air dan mencuba pelbagai permainan..
Si kecik nie memang adventerous orangnya..
Amani agak takut-takut sedikit..
Dan lebih berhati-hati...

Sha just duduk bawah pondok dan layan lagu-lagu dilwale..
X berape minat nak berendam.. hehehe..

Marina Water Park ini hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja buat masa ini (Masa Sha pergi nielah..) Kebanyakkan tempat mandi dia x beroperasipun..
Hanya bahagian kanak-kanak sahaja yang boleh bermandi manda..
Tapi masih oklah dengan harga tiket RM9 untuk dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak..
Memandangkan cuaca x berape nak cerah, Sha bagi diorang main air dua jam jer..
Bila tengok dah makin gelap terus panggil untuk tukar baju..
Disebabkan klorin dalam kolam tu x banyak so sha mandikan Imani kat rumah je..
Amani just siram dengan air pancut sekejap, kemudian mandi kat rumah..

Kalau sekadar nak berendam dan bersantai oklah datang kat sini..
Jangan mengharap terlalu tinggi ye..
Orang pun x ramai sangat..
Memang bestlah..

 Pondok menunggu dan letak barang..

 Kawasan kanak-kanak..
Kawasan nie je yang boleh mandi..

Kawasan mandi dewasa yang ditutup.. 

 Boleh nampak laut..

 Bahagian depan Marina Water Park..

 Rules and Regulation..
Tapi ok je mandi dengan tshirt dan seluar track..

 Buat masa ini Marina Water Park ini hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

 
 Loker simpan barang..

 
  Sudah kepenatan..

  Seronok bermandi manda

4 comments:

  1. sesekali beriadah memang seronok..lagi kalau cuaca panas..syok je berendam dalam air..tapi petang petang sikit...

    ReplyDelete
  2. berpadanan lah dengan harganya ye.. tp kepuasan untuk budak2 tu yg penting..:)

    ReplyDelete
  3. erm...saya pun dah lama tak g waterpark ni...
    kena cari masa utk bercuti plak

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..