Sunday, January 31, 2016

Pesanan Khidmat Masyarakat #5 - Tips Untuk Orang Baru

Assalamualaikum..
Saja nak share dengan kengkawan..
Pesanan untuk diri sendiri juga sebenarnya...
Semoga berguna ye..

Tip untuk orang baru:-
  • Apabila kita baru hendak belajar memulakan bisnes, lakukan ini:  Pilih produk yang sangat mudah dijual. Orang tengok, orang terus mahu membelinya. Ini sangat penting. Jangan fikir untung dulu.
Di sebalik langkah menjual produk yang sangat mudah dijual adalah:
  • Kita pelajari LOGIK BISNES dahulu. Ini lebih utama daripada belajar hendak membuat banyak untung.
  • Kita belajar membuang rasa malu hendak menjual. Makin banyak jualan, makin hilang rasa malu.
  • Kita belajar mendorong diri sendiri supaya tidak patah semangat apabila produk tidak laku. Jualan bukan sentiasa laku.
Jangan pilih barang yang susah dijual. Kenapa? Supaya kita tidak menjadi seperti dibawah:-
  1. Kita berasa malu setiap kali orang tidak mahu membeli.
  2. Kita hilang percaya pada diri kita sendiri. Kita akan mula meragui bakat dan kemampuan diri dalam memulakan perniagaan.
  3. Kita akan patah semangat. 
  4. Kita hilang motivasi hendak terus mencuba.

Credit to puan ainon
@vlegacy

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..