Monday, March 14, 2016

Sarang Art Hub di Tanjung Malim, Perak

Assalamualaikum...
Xtau nak kemana pada hujung minggu??
Apa kata singgah di Sarang Art Hub yang terletak di Pekan Tanjung Malim..

Sarang Art Hub ini adalah sebuah galeri seni yang digunakan sebagai platform untuk mempamerkan hasil karya. Asalnya daripada Rumah Rehat Tanjung Malim, yang kemudiannya ditransform menjadi galeri seni dengan imej yang tersendiri. Warna putih dan hitam bangunan nya cukup sesuai dengan latar belakang dan persekitarannya.

Galeri yang masih belum beroperasi sepenuhnya itu terdiri daripada kawasan pameran, cafe, dan juga stage. Cafe sedang diubahsuai dan masih diusahakan. Bilik pameran sudah beroperasi dengan pameran hasil-hasil karya anak seni tempatan. Sarang Art hub ini juga menjadi tempat anak seni untuk berkarya. diuruskan oleh Mamat Khalid.

Di bahagian hadapan Sarang Art Hub ini ada diletakkan kontena. Kontena ini digunakan sebagai stage untuk persembahan atau konsert.

Boleh juga baca artikel mengenai Sarang Art Hub ini di Sini, Sini, Sini dan Sini.

Jom layan gambar pula..
Kredit to my little sister yang gi ke sini..

Bermula dengan penggambaran filem di sekitar Tanjung Malim, Perak mencetus idea buat pengarah terkenal Mamat Khalid untuk mengembangkan seni terutama dalam kalangan anak muda di kawasan itu.
Dengan adanya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selain pintu masuk negeri Perak dari Lembah Klang serta berhampiran, menguatkan lagi impian Mamat itu.
Sehubungan itu, tawaran daripada Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) supaya membangunkan Rumah Rehat Tanjung Malim sebagai Art Hub atau pusat seni di daerah itu disambut baik Mamat.
Majlis menandatangani perjanjian Pajakan Rumah Rehat Tanjung Malim di antara syarikat milik Mamat, Enjit Semut Sdn Bhd dengan MDTM diadakan di pekarangan rumah rehat itu di Tanjung Malim, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengarah Urusan Enjit Semut, Hasmah Hasan dan Yang Dipertua MDTM, Khairil Akhtar Ghazali serta pelakon, pelukis dan penyair seperti Imuda, Pyanhabib dan Sofi Jikan.
Perjanjian itu memboleh­kan Mamat menjalankan pelbagai aktiviti seni selama lima tahun di rumah rehat itu yang juga rumah warisan sejarah.
Mamat berkata, pusat itu akan dinamakan Sarang sebagai simbolik tempat pengumpulan pelbagai aktiviti seni serta bertujuan melahirkan lebih ramai pengiat seni dalam kala­ngan golongan muda.
“Aktiviti dijangka bermula Ogos ini. Saya tidak akan mengubah struktur bangunan yang menjadi warisan sejarah ini tetapi hanya proses baik pulih bagi memudahkan pelbagai aktiviti dijalankan nanti,” katanya.
Menurutnya, antara pengiat seni dan artis yang bakal menyumbangkan tenaga dan bakat mereka di situ ialah Pyanhabib, Imuda, S Amin Sahab, Nur Hanim Khairudin dan Afdlin Shauki.
“Kita akan bermula dengan pembukaan galeri diikuti pameran lukisan, bengkel seni dan pelbagai aktiviti seni. Segala kos bagi menganjurkan program ini akan dibiayai pihak Enjit Semut.
“Saya juga memerlukan sumbangan daripada syarikat korporat dan mana-mana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) untuk bersama kami menganjurkan aktiviti seni sebagai tanda sokongan kepada golongan muda yang berbakat dan meminati seni terutama mereka yang sebelum ini tiada tempat untuk mengembangkan bakat,” katanya.
Dalam pada itu, satu kejutan majlis perpisahan Yang Dipertua MDTM, Khairil Akhtar Ghazali turut diadakan selepas majlis meterai perjanjian itu dilaksanakan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2015 @ 10:55 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52026#sthash.iNUlX2r7.dpuf

Hiasan dalaman yang sangat seni dan ohsem..

3 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..