Wednesday, April 13, 2016

Projek Seram: LOMBONG oleh A. Darwisy, Saidee Nor Azam, Zyra Safiya dan Hasrudi Jawawi

Assalamualaikum...
Jom kita baca review Sha mengenai Novel Projek Seram lombong..

TANAH RIZAB JIN – A. DARWISY
“Asal kau daripada lidah api yang berasap... Merasuk seperti polong tak berjinjang...”
Ulasan Sha - Cara penceritaan yang unik.. Seolah-olah membaca jurnal.. Bila manusia bertuankan Jin, selamanya dendam beraja dihati.. Seram.. Tambah-tambah bila teringat lagu "Mentadak mentadu.. macam mana si penakut tidur?" Pergh!!! Terdengar-dengar.. penulis berjaya mengelirukan siapa yang jahat.. Sungguh x disangka..

PUSARAN PUAKA – SAIDEE NOR AZAM
Sulur Bidar itu wujud, makhluk itu tetap ada.
Ok.. Cerita nie menakutkan.. Nasib baik memang x suka tasik ke lombong ke.. Cerita nie berjaya buat Sha search mengenai Sulur Bidar.. X sangka lak.. Rupanya memang wujud.. selalunya pemancing yang banyak jumpa.. pusaran air yang membahayakan nyawa.. Ngeri..

LOLONGAN LOMBONG LAMA – ZYRA SAFIYA
Satu nafsu yang mengganas, memburu dan membunuh. Satu sumpahan yang menanti satu kepulangan.
Kerana keinginan yang menggila menjadikan manusia lain sebagai korban.. Cerita ini sedikit sedih dan seram.. Sha ingatkan manusia, rupanya dah mati.. Pergh!! Gitu rupanya.. Lepastu bab mengidam nie memang susah nak cakap.. Hanya orang mengandung je yang tau.. Kesian pada yang menjadi mangsa.. Seram, ngeri dan sedih.. Rasa yang menghuni hati Sha saat membaca cerita ini..

BADARSILA - HASRUDI JAWAWI
Yang hidup jangan terlalu ikutkan hati, kerana yang hilang tidak semestinya mati.
Ok.. Citenya xde lah seram sangat tapi part ending tu berjaya membuatkan bulu roma Sha merinding.. "Kini, giliran adik untuk melihat dunia. Kakak jaga diri kat sini elok-elok ya?".. Sha pernah dengar pasal nie tapi selalunya jadi bila kembar tu lahir dan salah seorang meninggal semasa lahir.. Kalau dijadikan novel mungkin lebih ohsem..Apa yang dapat Sha simpulkan, kita selalu lari dari masalah.. Tidak pernah berusaha merawat dan mencari punca.. Bila dah teruk, nak menyesal pun dah x berguna.. Pergantungan pada Allah tu memang sangat perlu..


Published 2016 by Buku Prima

8 comments:

  1. Best kan sis? Feveret kathy kat Lombong ni TANAH RIZAB JIN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha pun suka Tanah Rizab Jin.. Tambah2 part nyanyi lagu Mentadak mentadu tu.. Kikikiki..

      Delete
  2. Seram gak,...tapi menarik :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Nie yang no 2 MV.. Yg first warna merah.. Yg third warna purple.. Memang menarik kalau disusun..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..