Friday, May 13, 2016

Cosmoderm Tea Tree untuk Kegatalan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Susah juga cari produk Cosmoderm ini..
Sudahnya terpaksa beli online..
Tak semua Gurdian jual produk Cosmoderm yang sha cari ini..
Kebanyakkannya jual produk pencuci muka jer..

Habis sha pusing Guardian Tanjung Malim, Rawang..
Tapi memang tak ada..

Sha cari rangkaian Tea Tree ini sebab sesuai untuk Imani..
Dia ada eczema.. So kalau cuaca panas dan kering badang dia akan gatal-gatal..
Nak kurangkan kegatalan tu Sha sapu Tea Tree Oil Lotion Talc nie..
Pastu mandikan dia dengan Tea Tree Oil Soap..
Memang kuranglah merah-merah pada badan dia..

Produk-produk macam ini memang bergantung pada keserasian dan juga izin Allah..
Kena try and error..
Tea Tree Oil Lotion Talc 125 ml (RM13.11)

MEMBANTU UNTUK :
Formulasi unik bedak dalam bentuk losyen yang dapat melindungi, melembapkan kulit sensitif dan terangsa
Sesuai untuk melegakan ruam panas untuk bayi, meredakan kesan demam campak serta eczema dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa
Sesuai duginakan pada cuaca panas ketika berpeluh di mana kulit akan mudah dijangkiti fungi, bakteria dan ragi
Selamat digunakan pada wajah dan badan

CARA PENGGUNAAN :
Sapukan ke atas kulit terutamanya di bahagian-bahagian yang lembap, misalnya ketiak, pangkal peha dan leher

RAMUAN :
Minyak tea Tree
Tea Tree Oil Soap (RM14.10 for 3)

MEMBANTU UNTUK :
  Mengurangkan dan mengimbangkan minyak berlebihan
Melegakan kulit yang terengsa dan kemerahan
Membunuh kuman bagi menyelesaikan masalah jerawat badan

CARA PENGGUNAAN :
Buatkan buih dan urut secara lembut ke seluruh badan. Bilas dengan air
*untuk hasil maksimum, guna bersama losyen badan magik minyak tea tree

RAMUAN :
Minyak Tea Tree

Tea Tree Oil Shower Gel 400 ml (RM12.17)

MEMBANTU UNTUK :
Membersihkan kulit secara lembut supaya licin bak sutera
Lembut dan tidak merangsangkan
Membantu melembapkan dan menyucikan kulit

CARA PENGGUNAAN :
Tuangkan sedikit Gel Mandian Tea Tree ke atas tapak tangan, tuala atau span.
Buatkan buih dan urut secara lembut ke atas seluruh badan. Bilas dengan air
Selepas mandi, gunakan Taklum Losyen Minyak Tea Tree

RAMUAN :
Minyak Tea Tree

1 comment:

  1. susah kan kalau dah serasi produk pula kena beli online...demi anak usaha smpi dapat kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..