Friday, May 27, 2016

Obses oleh Syasya Bellyna

Assalamualaikum..
"Hati bukan tempat terbaik untuk dituju kerana disitu tersimpan segala emosi. 
Permainan ini akan memakan diri".

Obses oleh Syasya Bellyna
Sebuah karya thriller yang sarat dengan emosi dan obsesi..
Memang mantap dan lancar perjalanan ceritanya.. Bergerak dari satu bab ke satu bab.. Sungguh saya membenci Adilla, seorang sahabat yang berpura-pura dan akhirnya menikam dari belakang.. Nash yang pada mulanya begitu saya suka kemudian menjadikan saya geram dan marah.. Watak Umi Kalsom pada saya sangat membantu.. Kerana Umi Kalsom, cerita semakin menarik.. Memang bergelora perasaan bila membaca Obses..  Papa Johanas dan Shahrul, dua insan yang sangat membantu.. Emily, hidupnya dirundung dugaan namun bangkit untuk terus berjuang demi kebahagiaan.. 

"...Temani aku SAMPAI MATI..." Kata-kata yang sangat menyeramkan kerana penuh perasaan Obses yang melampau.. Kerana Obses, nyawa menjadi taruhan...  Mungkinkah akan ada Obses 2... 

Baca pada 21.05.2016
Selesai pada 22.05.2016

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..