Monday, May 9, 2016

Projek Seram Highway oleh Saidee Nor Azam, Akma Saidon, Sufi Abqari dan Ninie Othman

Assalamualaikum..
hye semua..

Buku ke lima untuk Projek Seram..
Sepatutnya baca yang ini dulu baru Cermin.. 
Tapi dah terbaca Cermin dulu.. 
Kikikiki.. Biru is my feveret..

Highway.. 
Sha kurang melalui highway sebelah pantai Timur.. 
Highway yang ada bermacam-macam cerita.. 
Pada sha highway tu sangat kosong.. Luas dan jauh.. 
Itu pengalaman sha yang pertama..

Projek Seram Highway yang ohsem..
Jalan Terakhir oleh Saidee Nor Azam
"Aku takut..  aku masih belum mahu mati!"

Cerita benar yang digarap dengan penuh teliti.. 
Terasa kesedihan yang dirasai Razak saat kebenaran mengenai Azhar terbongkar.. 
Kemudian cerita mengenai Fatin pula.. Menyayat hati.. 
Pengajaran yang diberikan, andai suka katakan suka kerana masa tidak pernah menunggu kita..

Gangguan oleh Akma Saidon
"Yang mati tak semestinya pergi."

Hanya kerana wasiat yang diungkapkan dengan main- main membuatkan hidup Tarmizi dan Nazrin huru hara.. Mujurlah kebergantungan mereka pada Allah tinggi.. 
Maka gangguan yang dilalui berjaya diselesaikan.. 
Cerita yang sangat menarik.. 
Dalam keseraman dan ketakutan, terselit sedikit kelucuan dengan perangai dan gelagat keduanya.. Ohsem sis Akma..

Buruan Puaka oleh Sufi Abqari
"Kujejak langkahmu kasih, kerana nafasmu adalah nyawaku."

Ok.. Confuse jap.. Tak pasti yang mana satu tajuk sebenarnya.. Adakah Buruan Puaka atau Destinasi?? Tapi jalan ceritanya ohsem sangat.. Rasa macam sama2 mengembara ke Pressing bersama Yana.. Letih owh main kejar-kejar dengan Puaka Porselin.. Memang berjayalah.. Siap confuse si Aizad tu baik ke jahat sebenarnya.. Terima kasih lah kat Koperal Azlan yang menolong..

Dosa Semalam oleh Ninie Othman
"Kerana dosa mereka binasa..."

Menginsafkan..
Memang betul2 menginsafkan.. Niat tak baik dan mulut yang celupar akhirnya mengundang petaka.. Nyawa menjadi taruhan.. Kemanakah mereka dibawa.. Pengalaman yang dilalui berjaya menginsafkan tapi tidak semua.. Berjayakah mereka keluar dari kemelut bahaya dan petaka.. Sangat ohsem..

Mula baca : 04.05.2016
Selesai pada : 06.05.2016

4 comments:

  1. uishhh gambar hantu putih tu mmg seram wei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Gambar je dah menyeramkan.. belum lagi baca Kak El..

      Delete
  2. Macam best je kak novel seram dia huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada akak, memang best Farrah.. Trylah baca..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..