Sunday, June 5, 2016

Antologi Cerpen Ilham : Hujan Turun Lagi

Assalamualaikum..
Hye semua.. Kali ini novel ya sha baca ini,  sha pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia..
Antologi ini menghimpunkan 25 buah cerpen.. Pelbagai cerita suka duka antaranya mengenai cinta,  kasih sayang,  kecurangan,  hubungan keluarga, persahabatan, saka,  romantis,  seram,  komedi dan bermacam-macam lagi..
Panjang sikitlah entry kali ini ye..
Aduhai Sotong oleh Dhieya Adlynna

Curang oleh Inaisa
Hubungan suami isteri yang berantakkan kerana orang ketiga.. 

Dia Kwang Soo Di Hatiku oleh Najza Dohan

Diari Umi Untuk Anakku oleh Diana Farah
Kisah yang meruntun hati dan perasaan Sha sebagai seorang emak..  Bagaimana kasih sayang seorang ibu dibalas dengan penderhakaan..  Kematian si ibu akhirnya menjadikan anaknya insaf..  Sedih.. 

Hujan Turun Lagi oleh A.Darwisy
Kisah cinta yang menyayat hati..  Meruntun jiwa..  Bermula dengan hujan dan laut..  Berakhir juga dengan hujan dan laut..  Sedih..

Hukuman Cinta oleh Shima Awang
Istikharah Cinta oleh Ilya Idiaz

Kerusi oleh Zakri Rahman
Cerpen yang ngeri dan sadis.. Kerana perasaan taksub, terpenjara dalam ilusi.. Kerana terlalu taksub, membunuh jadi sangat mudah.. Nafsu mengatakan segalanya..

Kucari Sinar Cintamu oleh Maryam Elyas

Luahan Hati Seorang Ibu oleh Domi Nisa
Perkahwinan tanpa restu memang tidak akan membahagiakan.. Masalah pasti melanda..  Namun ranjau yang dilalui menyebabkan dua nyawa tidak berdosa menjadi mangsa..  Pilu.. 

Menanti Gerimis oleh Ayahanda Chik
Menanti Hadirnya Dia oleh Lady Loveless

Miss Gucci Mr Chow Kit oleh Iftiszal Hanna
Cerpen yang menarik..  Mengisahkan kesederhanaan manusia walaupun berharta..

Misteri Nenek Tua oleh Wanzz Aprilzz
Memang misteri dan menyeramkan..  Kikikikiki..  Dah lama baca waktu malam..  Mujurlah pendek je cerpen nie..  Siapalah agaknya nenek yang bagi salam tu.. 

Pemilik Suara Yang Hilang oleh Nazaidatul Shima
Penghujung Kasih oleh Norman Shah

Psiko oleh Syarikat Sauli
Cerpen yang ohsem..  Kalau dibuat novel penuh mesti lagi thrill.. Jalan cerita yang ohsem mengenai kebolehan seorang gadis..  Memang best..

Setitis Kasih Melenyap Dendam oleh Imanisa Riana
Kisah yang menyayat hati.. Hanya kerana rasa cemburu pada yang tiada, menyebabkan kasih sayang anak dan ayah terpisah..

Sketsa Pendek (Hero Mati) oleh Cikgooden
Sketsa pendek hubungan kekasih.. Kelakar pun ada.. Asyik mati je.. Macam-macam kerenah pasangan bercinta sekarang ini.. Cerpen paling lawak..

Suara Itu Imamku oleh Che Aduhai Che Adnan
Jodoh yang ditentukan keluarga itu ternyata memang indah jika berlandaskan Islam..

Sudah Jodoh Kita oleh Sofy Izana
Jangan membenci keterlaluan, kerana rasa benci itu boleh bertukar menjadi cinta..

Tabahkanlah Hatiku Ya Allah oleh Ainaa Azlan
Hanya kerana ingin menolong, perasaan seorang Suami dikorbankan.. Malangnya pengorbanan itu sia-sia..

Tolong,  Hatiku Dicuri! oleh Nasuha Azmi
Pertemuan demi pertemuan akhirnya mengikat Jodoh..

Terminal Cinta oleh Reeni Annur
Biarlah menerima pada yang bersungguh..

Tulip Tidak Berbunga oleh Aiza Zizan

Mula membaca pada 27.05.2016
Berakhir pada 30.05.2016

Seronok membaca antologi begini..
Dapat memainkan pelbagai emosi..
Ada suka dan duka..
Gembira dan kelakar..
Malah ada juga yang ngeri dan seram..
Memang mengasyikkan..
Selamat membaca..

4 comments:

  1. wah banyaknya koleksi yang sha dah baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang xde mood nak membaca, sha tengok je buku2 tu..

      Delete
  2. sha kalau kita pinjam online buku dengan perpustakaan boleh ke hihihihihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..