Sunday, June 12, 2016

Menu Sahur 2016 - Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum..
Hye semua..
Sahur apa  pagi tadi??
Meh Sha share resepi mudah ayam masak kicap..

Ayam Masak Kicap
Bahan-bahannya
4 ke 5 ketul ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
4 keping cili kering
1 biji kentang / carrot

Bahan Perap
Kicap Lemak Manis Jalen
Kicap Masin Jalen
Rempah Gorengan Serbaguna Seri-Aji

Cara Memasak
1. Perap Ayam terlebih dahulu menggunakkan kicap dan rempah tadi.. Biarkan seketika..
2.Tumis semua bahan yang dah dihiris iaitu Bawang besar, bawang putih dan bawang merah bersama Cili kering yang dipotong empat..
3. Kemudian masukkan ayam yang dah diperap tadi bersama kentang yang dah dipotong..
4. Selepas ayam agak masak, baru masukkan air lebihan perapan tadi bersama asam keping..
5. Renehkan hingga ayam dan kentang masak..
6. Hidangkan bersama nasi..

Bahan Tumis..
Cili kering tu potong empat..
Bawang hiris nipis..

Kentang potong ikut suka..
Nak tambah lobak merah pun boleh

Ini bahan yang digunakan untuk memerap ayam.. Sukatan agak-agak he..
X payah tambah garam, sebab dalam rempah gorengan serbaguna dan kicap dah ada garam..

Hasilnya.. Sha masak malam, sebelum tidur.. Bagi ayam tu sebati dengan kuah..

4 comments:

  1. waa nampak sedap..

    pastu makan dengan nasi ayam sedapnya..

    Blogwalking Sini, jom baca artikle ini

    Blog Berjaya Masuk Rank Malaysia article...

    ReplyDelete
  2. waktu sahur mkn mcm ni paas2 pulk mmg perghhhhhhhhhhhhhh.

    ReplyDelete
  3. sedap pulak nampak ni walaupun simple

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..