Friday, June 24, 2016

Permainan Maut oleh Helmi Effendy, Aida Adia, Ebriza Aminnudin dan Syasya Bellyna

Assalamualaikum..
Hye semua..
"Nyawa kau ku pertaruhkan atas dosa silam."

Permainan Maut oleh Helmi Effendy
"Kau janji yang kau takkan cerita pasal aku?"
Kerana dosa silam.. Yang tak berdosa turut terheret dalam permainan maut.. Demi menutup dosa, nyawa tak bersalah menjadi korban.. Manusia memang gila bila nafsu mula merajai.. Ngeri dan sedih cerita ini..

Nenek, Tolong Keluar! oleh Aida Adia
"Kau perlu pilih satu sahaja antara banyak pilihan."
Alahai.. Kerana cinta restu keluarga diabaikan.. Kerana cinta juga manusia menjadi sesat... Penuh pengajaran.. 

Pena oleh Ebriza Aminnudin
"Aku takkan lepaskan pena. Aku akan guna kau sehingga selesai misi aku."
Kerana pena yang dah mati diseksa, yang hidup menderita.. Kerana pena juga semuanya berakhir.. Tragedi di villa berulang kembali..

Malam Ogos oleh Syasya Bellyna
"Kami datang atas jemputan."
Semuanya bermula dengan tragedi.. Yang tak bersalah merasa berdosa.. Yang berdosa lepas bebas.. Yang menderita menyimpan dendam.. Terungkai sebuah tragedi bila kematian datang bertamu.. Malam Ogos yang berdarah..

Semua cerita dalam novel ini digarap dengan baik.. Membaca satu persatu cerita umpama bermain bersama.. Ngeri, sadis, kejam, trauma dan kesedihan menjadi rencah cerita.. Sepertinya kalau dijadikan novel penuh memang mampu membuai jiwa.. Terbaik..

 
Mula baca pada 18.06.2016
selesai baca pada 19.06.2016

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..