Saturday, July 16, 2016

Amani Tampal Gigi

Assalamualaikum..
Hye semua..
Isnin (11.07.2016) Amani ada temujanji untuk tampal gigi..
Mula-mula sampai, memang seronok la.. Main kat Kiddies Corner..
Malam dengan pagi dah dok ingatkan dia pasal gigi dia nak kena tampal..
Dia kata ok..
Alhamdulillah.. Kejap je dah settle..
Elok je duduk atas kerusi..
Dua batang gigi dia kena tampal..
Gigi depan dengan gigi graham..
Bila tanya Amani, sakit tak..
Amani geleng-geleng kepala..
Tak sakit katanya.. Siap tunjuk gigi yang kena tampal..
Alahai Amani.. Lepas nie senang dah nak bawa jumpa doktor gigi..
Terima kasih pada doktor dan nurse yang baik hati di Klinik Pakar Pergigian, Hospital Teluk Intan..

Alhamdulillah... Berjaya juga hilangkan fobia Amani dengan kerusi tu..
Lepas ini lagi mudahlah urusan berjumpa doktor gigi..
Terima kasih pada Doktor dan Nurse di Klinik Pakar Pegigian, Hospital Teluk Intan..

 
Seronok bermain sebelum jumpa doktor..

1 comment:

  1. bagusnya, sesetgh org smpai ke tua pun takut dgn dktor gigi tau..huhu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..