Friday, July 1, 2016

Coconut Shake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom buat coconut shake untuk juadah berbuka..
Bukannya susah pun..

Cuma perlukan
Air kelapa, Isi kelapa
Asikrim Vanilla
Ketulan ais batu
Blander untuk mengisar..

COCONUT SHAKE
Resepi Asal - Blog Masam Manis

1 gelas air kelapa muda ~ ambil sekali isinya yang muda dan lembut
1 gelas kiub ais
2 scop aiskrim vanilla
2 sudu besar susu pekat manis

Sediakan 2 gelas kosong.
Sukatan air hendaklah menggunakan gelas yang sama
Masukkan 1 gelas air kelapa muda dan isinya yang lembut ke dalam blender yang bersih
Masukkan juga 1 gelas kiub ais. ( kiub ais dan air pastikan sama paras supaya mudah di kisar nanti)
masukkan 2 scop aiskrim dan juga 2 sudu susu pekat manis. Susu ni terpulang ikut citarasa, jika tak suka manis kurangkan. Jangan banyak sangat susu ni nanti hilang pula rasa air kelapa tu. jadi susu ni agak-agak selera kita lah ya..
Kemudian kisar semua bahan ni hingga halus 

 
Bahan utama..
 
 
 Cocunut Shake tanpa hiasan..
Macam milk shake..
Sedap tau..
Sila jangan jilat screen komputer @ HP anda..

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..