Saturday, July 23, 2016

Duit Raya Amani & Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sembang raya lagi..
Hehehe.. Selagi x abis syawal..
Kali ini, sembang pasal duit raya anak-anak..
Tak kisah lah banyak ke sikit ke.. 
Kengkawan buat apa ye dengan duit raya anak-anak??
Soalan sekadar pertanyaan.. Tiada maksud apa-apa ye..
Tidak ada prejudis.. 
Sebab pada saya, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak..

Duit raya anak-anak, Sha simpan di ASB atas nama mereka..
Sebab ini permintaan suami Sha..
Di Tabung Haji, kami buat potongan gaji untuk akaun atas nama mereka..
Duit simpanan dan tabungan ini adalah untuk kemudahan mereka di masa hadapan..
Kalau sebelum ini, semua duit raya mereka Sha simpan..
Tapi kali ini, Sha ambil sedikit untuk bagi mereka beli sesuatu yang mereka nak.. 
Disebabkan Amani dan Imani, keduanya berhajat sangat nak pakai Wedges maka Sha belikan mereka sepasang Wedges setiap sorang..
Kenangan duit raya mereka..
Bergaya itu penting.. Kikikiki.. Bukannya mahalpun.. RM13 sahaja..
Selebihnya kita simpan..
Menabung sedikit sedikit.. Lama-lama jadi bukit.. Ye dak..

Sampul duit raya tu kengkawan buat apa ye??
Buang or simpan??
Kalau Sha, Sha recycle semula..
So next year dah tak payah nak beli or cari sampul duit raya..
Jimat dan tak membazir..
Ada juga yang Sha biarkan dalam kereta untuk kecemasan..
Kecemasan di sini bila tetiba kena pergi or kena jemput ke kenduri kengkawan.. 
So dah ada standby sampul dalam kereta.. 
Just masukkan duit sahaja.. Praktikal dan jimat..
Zaman sekarang semua mende kena jimat.. 
Bukan kedekut tapi mengelakkan pembaziran.. 
Sampul elok lagi, buat apa buang.. Lainlah kalau dah terkoyak ot renyuk..
Sebab tu Sha ajar anak-anak supaya terus bagi sampul yang mereka terima ke Sha.. 
Satu untuk memastikan sampul dalam keadaan elok.. 
Satu lagi untuk mengelakkan mereka membuka sampul dan mengeluarkan duit di depan pemberi.. Menghormati orang yang memberi..
Ini hanyalah pendapat Sha..

 

 
Gambar ini hanyalah sebahagian koleksi sampul duit raya yang anak-anak Sha dapat untuk tahun ini..
Kita simpan dan recycle untuk tahun hadapan..
Kalau beli mahal wei.. Jadi jangan membazir..
Berjimat selagi boleh..

1 comment:

  1. sampul raya tahun ni kakak & abg ambil hias kelas..duit raya mv simpn..dan ada yg drg guna...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..