Sunday, September 25, 2016

Projek Seram Restroom oleh Akma Saidon, Aziah Zainal dan Fazrin Fauzi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Projek Seram Restroom
oleh Akma Saidon, Aziah Zainal & Fazrin Fauzi..
"Jangan biar ia mengawasi diri!"

Jalan Kematian oleh Akma Saidon
"Pilihlah.. aku beri kau dua pilihan."
Cerita yang sangat ohsem.. Pilihan yang diberi hanya ada dua.. Merah atau Biru?? Namun kerana memilih Putih, Hana terlepas.. Namun Hana turut melepaskan Maisarah.. Siapa Maisarah?? Kenapa makhluk itu suruh memilih diantara Biru dan Merah??  Apakah maksud disebalik kedua warna ini?? Dendam apakah yang tersimpan di tandas lama itu?

Seriau oleh Aziah Zainal
"Jangan biar ia mengawasi diri!"
Memang seriau bila membacanya.. Hahahaha.. Ngeri kot.. Antara realiti dan mimpi, yang manakah satu yang betul.. Serius tak sangka siapa yang jahat.. Rupanya manusia yang disangka baik itu musuh yang sangat jahat.. Kesian Sarah dan Ibunya.. Imah yang menjadi mangsa..

Dendam Sabrina oleh Fazrin Fauzi
"Tiada yang mampu menangkis dendam selain korban nyawa."
Sabrina yang mati dibunuh kerana sakit hati.. Tapi siapa pula Seri yang membalas dendam?? Apa kaitan antara yang terbunuh dan yang membunuh?? Semuanya bermula di tandas.. Kerana dendam, manusia hilang akal..

Novel yang sangat Ohsem..
Sha bagi 4.5 bintang..

 
Sha start baca 13.09.2016 dan tamat pada 15.09.2016..
Lambat sikit habis sebab dok layan movie.. Hahaha..

3 comments:

  1. Lepas baca ni, ada effect takut nak ke toilet tak Sha?
    Hihi ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. ada la juga sekejap..
      Pastu okay dah.. hehehe..

      Delete
  2. uihh cover dia. hahaha dah la tgh malam ni. K cabutt

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..