Sunday, September 4, 2016

Sumber Ayu - Pembersih Kewanitaan Daun Sirih

Assalamualaikum..
Buat pembaca semua..

MEMPERKENALKAN PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU DENGAN FORMULASI DIPERTINGKAT DAN BERWAJAH BAHARU!

Penjagaan Semula Jadi Untuk Kawasan Intim Yang Bersih Dan Sihat


Sebahagian erti menjadi “dewasa” adalah mengetahui dan memahami keadaan serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.

Bahagia intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing.

Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, serta mendedahkan kita kepada risiko jangkitan.



 Lengkapkan rutin penjagaan peribadi dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi. Agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan.

Merupakan produk yang ideal untuk semua wanita di setiap peringkat umur. Enam wangian yang menarik dan pelbagai untuk dijadikan pilihan :
  • Sumber Ayu Orkid - Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunanya dalam pelbagai cara.
  • Sumber Ayu Mawar - Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan mereka yang berjiwa romantis.
  • Sumber Ayu Floral - Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.
  • Sumber Ayu MuskAroma semulajadi kastrui yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.
  • Sumber Ayu Gambir - Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.
  • Sumber Ayu Fruity - Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

KENAPA PERLU MEMILIH PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU?

  • Kerana kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.
  • Bahan utamanya dari ekstrak Daun Sirih. Ianya kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria.
  • Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.
  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar.
  • Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated.
  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.
  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur .
  • MURAH dan JIMAT !! Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU berharga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml).
  • BANYAK PILIHAN !! Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU mempunyai (6) enam pelbagai rangkaian dan wangian yang menarik.
 
Ini sha punya..

3 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..