Thursday, October 6, 2016

Imani ke Sekolah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sekolah Amani dah settle..
Sekarang nak menyelesaikan Sekolah Imani pula..
Bermula tahun hadapan Imani akan Sha hantar ke PASTI..
Tahun depan Imani 4 tahun..

Disebabkan Imani bersemangan nak berkawan dan belajar,
maka Sha dan suami bersetuju nak hantar Imani ke PASTI..
Lagipun setelah Sha ke PASTI dan melihat subjek pembelajarannya..
Sha suka dengan apa yang ditawarkan oleh PASTI..

Pembelajaran yang berbeza untuk umur 4, 5 dan 6 tahun..
Jadi tak adalah Imani bosan..

Permulaan bagi yuran Imani sekitar RM400..
Ini di kawasan Daerah Mualim ye kengkawan..
Jumlah yuran ini bergantung pada tempat dan negeri..

Antara keperluan permulaan bagi Imani ialah seperti gambar dibawah..

Tambah Yuran Pendaftaran RM100 (murid baru sahaja)
Jumlah kesemuanya ialah RM310
Tapi Sha akan tambah 3 pasang uniform bersamaan dengan RM90
Sini je dah RM400

 
Yang ini pula buku-buku untuk murid 4 tahun..
Jumlah RM80
 
 
Bagi Yuran bulanan pula Sha amek Pakej D
RM180 + RM20 (bantal) + RM15 (Buku Iqra') = RM215
Jadi keseluruhan yang perlu Sha bayar untuk Imani ialah RM400 + RM80 + RM215 = RM695
 
 
 Bayaran bulanan dan caj lewat..

 
 Antara aktiviti sepanjang tahun pelajar PASTI.

 
 Ini adalah pembelajaran yang akan dilalui oleh murid-murid..

Memang kena standby banyak duit untuk permulaan sekolah..
Mujurlah dah menabung awal-awal untuk Imani..
so tak adalah kami kelam kabut dan susah hati..
Sha juga cadangkan kepada ibu-ibu yang punya anak kecil dan akan bersekolah untuk menabung awal-awal duit yuran permulaan.. Supaya tidak terbeban semasa membuat pembayaran..

5 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan imani sekolah

    ReplyDelete
  2. semoga imani seronok ke sekolah n dpt ramai kwn

    ReplyDelete
  3. waaah imani nk sklh dh..bestnya dpt masuk pasti

    ReplyDelete
  4. hurm, idea yg bagus utk future anak saya.. dan jangkaan ongkosnya juga.. hurmmm.. nampaknya dah boleh start menabung sekarang. =)

    ReplyDelete
  5. Imani dan syamimi sebaya eh..lahir tahun 2013...oh ya MV anak2 semua masuk kemas jer..sebab dekat bangunan ofis

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..