Monday, November 7, 2016

Inayah oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel inyah ini memang Sha tunggu-tunggu..
Karya Penulis Maria Kajiwa memang tak pernah mengecewakan Sha..
Novelnya penuh dengan emosi..
Walaupun seram namu tetap terselit sesuatu untuk dipelajari..

Pada Sha Inayah memberikan kepuasan yang okay.. Kerana karya Sis Maria Kajiwa tidak pernah mengecewakan.. Banyak pengajaran yang boleh dijadikan pedoman.. Kepercayaan kurafat seperti meminta bomoh datang memagar rumah sepatutnya tidak dilakukan.. Sentiasa yakin pada Allah dalam meminta bantuan.. Mendekatkan diri pada Allah.. Membawa keluarga dekat dengan Allah.. Berkenalan lah dengan jiran tetangga..

Inayah memberi satu perasaan istimewa kerana cerita yang disampaikan dekat dengan masyarakat.. Inayah juga bukanlah sekadar cerita seram.. Inayah walaupun nampak biasa-biasa tapi punya keistimewaan yang tersendiri.. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah..

 
 Baca dan selesai pada 29.10.2016

Tandatangan penulis dan button badge

Sinopsis belakang buku
"Aku ingin pulang."


Setelah tinggal lama di New York, Muhammad dan Aisya memutuskan untuk berpindah balik ke Malaysia dan memulakan hidup baharu. Mereka membeli sebuah rumah corner lot bagi memenuhi cita rasa mereka. Sayangnya tidak lama kemudian, salah seorang daripada anak kembar mereka menunjukkan tingkah laku aneh.

“I don’t like this house. It’s scary. Penny hates this house. Right, Penny?” - Adam

Muhammad dan Aisya pula diganggu dengan beberapa kejadian yang tidak dapat dijelaskan. Rumah tangga mereka mula berantakan apabila kedua-duanya tidak lagi saling percaya dan sehaluan lagi.

“Papa! You yang dah melampau! You just refuse to see it.” - Aisya
“See what?” - Muhammad
“Something is wrong with your son! - Aisya

Campur tangan daripada Suraya, ibu kepada Muhammad juga menambahkan lagi permasalahan yang ada. Suraya yang terlalu percaya akan kepercayaan karut bertindak memanggil bomoh untuk ‘memagar’ rumah anaknya itu. Namun, perkara itu mendapat tentangan daripada Aisya yang hanya percayakan Allah dengan apa yang telah berlaku.

“Dia tengah pagar rumah kamu ni. Biar tak masuk hantu. Biar keselamatan kamu sekeluarga terjamin.” - Suraya

“Ini semua khurafat, mak. Tak boleh ni.” - Aisya

Apakah sebenarnya yang telah berlaku di rumah itu? Berjayakah Muhammad dan Aisya menyelamatkan anak-anak mereka daripada gangguan makhluk yang sedang berusaha untuk membebaskan diri? Adakah sebenarnya mereka sudah terlambat?

“Siapa pun kamu, pulanglah kamu kepada pencipta-Mu Allah Ar Rahman. Pulanglah kamu pada pemilikmu, Allah Al Ghaffar! Pulanglah kamu pada tanahmu. Allahuakhbar!” - Imam Ali.


5 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..