Saturday, December 3, 2016

Amani Kena Demam Campak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Amani start keluar biji-biji berair pada Rabu 23.11.2016..
Memula keluar dekat belakang badan dia..
Khamis malam start keluar dekat tangan dan kaki dia..
Makin banyak..
Terus bawa dia pergi Bahagian Emergency Hospital Slim..
Alhamdulillah tak lama menunggu..
Kebetulan tak ramai orang dan tak ada kes kecemasan..

Doktor terus cakap Chicken Pox bila tengok biji-biji air tu..
Doktor bagi ubat sapu Calamine Lotion, Ubat demam dan ubat tahan gatal (Mengantuk)..
Pagi Jumaat (25.11.2016) Sha bawa ke Klinik Swasta..
Tapi kena buat appointment, sebab doktor ada waktu petang..
Sha datang balik jam 2.30petang.. Lama juga menunggu..
Dekat kul 4 baru dapat jumpa doktor..
Doktor tengok terus cakap chicken pox..
Doktor bagi ubat untuk chicken pox..

Isnin (28.11.2016) datang balik untuk rawatan susulan..
Doktor bagi dua ubat tambahan iaitu antibiotik dan sabun mandi..
Sebab ada yang bernanah dan berdarah di dalam..
Kita berusaha, Allah juga yang menyembuhkannya..
Sha sapukan biji-biji chicken pox tu dengan bancuhan calamine lotion+bedak sejuk..
Memang tempek lepas mandi..
Alhamdulillah lepas 5 hari nampaklah makin kecut..
Cuma tak boleh ke sekolah je lah..

Saat artikel ini Sha publish, Amani masih lagi stay dekat rumah..
Sebab saat-saat kritikal adalah semasa chicken pox ini nak bai dan mengering..
Masa ini kumannya lagi senang tersebar..

Amani Kena Demam Campak
Ubat dari hospital..
Calamine lotion tu Sha mix kan dengan Bedak sejuk baru sapu dekat badan Amani..

Amani Kena Demam Campak
Ubat klinik swasta..
Ubat biji tu kena hancurkan dan campur dengan ubat air (tutup biru) baru dia tak pahit sangat.. Makan 3 kali sehari..
Ubat yang warna hijau tu pula, makan pada sebelah malam..

Amani Kena Demam Campak
Ubat tambahan..
Sabun mandi dan Antibiotik..

Amani Kena Demam Campak
Bahagian depan klinik..
Ramai tau pesakit dia..
Bukan dari kawasan Mualim tapi luar Perak pun datang sini..

Amani Kena Demam Campak
Alamat dan no contact Klinik Chong..
Alamat : 632, Jalan Ibrahim Mohd Dom, 35800 Slim River, Perak. Telefon : 05-4520296

Amani Kena Demam Campak
Bahagian dalam klinik.
Buat temujanji dulu sebelum datang ke Klinik Chong ini tau..

Amani Kena Demam Campak 
Sabun ini jangan lupa..
Guna masa mandi..
Zaman dah modenkan..
RM2 seketul

11 comments:

  1. moga cepat sembuh ye Amani. Jaga pantang sama 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Hanim.. Alhamdulillah, berjaya kawal dia dari makan telur.. Part nie memang susah sebab Feveret dia kan.. tapi sakit nie mau dia pantang.. lega rasanya..

      Delete
  2. Cepat sembuh Amani.... Mai dulu kena campak masa 6 tahun, alhamdulillah sbb kena masa kecik, mak tlg jagakan, ehehehe, kalau kena masa asrama atau universiti mmg susah, kena asingkan diri dari kawan2 lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama umur dgn Amani skrg la.. tu la, org kata biar kena masa kecik jgn kena waktu dan besar lagi parah nanti..

      Delete
  3. dah sihat tak dia...anak2 Mv semua dah kena kecuali syamimi

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..