Saturday, December 10, 2016

Day 4 - Cabaran 5 Hari Blogging : Family/Parent/Sibling

Assalamualaikum...
Hye semua..

Yeah Day 4..
Kali ini kita bercerita pasal keluarga okay..

Family
Keluarga Sha besarlah juga.. Ada 2 emak, satu abah.. 8 orang adik beradik..
Keluarga saya ada 3 perempuan dan 5 lelaki..
Kemudian bila dah berkahwin Tambah satu lagi keluarga..
Keluarga suami ada 3 beradik.. semuanya lelaki..
Keluarga kecil saya pula, encik suami dan dua anak perempuan kami..

Parents
Saya ada 2 mak..
Mak kandung saya meninggal masa saya umur 4 tahun..
Kemudian saya dapat Ibu tiri..
Ibu tiri saya meninggal pada Julai 2016..
So saya dah jadi anak yatim..
Tinggal abah sensorang di kampung bersama adik bongsu saya..
Keluarga Mertua saya pula tinggal MIL sahaja..
FIL saya meninggal tahun 2013..
Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.. Aamiin..

Sibling
Adik beradik saya 8 orang..
Saya ada kakak tiri (lain ayah) tapi saya tak pernah kenal..
Pernah jumpa sekali je, pada satu masa dahulu sebelum tsunami..
Saya ada dua orang abang, satu dah berkahwin dan ada anak 4.. tinggal di melaka..
Yang kedua masih lagi bujang..
Adik lelaki saya ada 3 orang.. Semua sudah berkahwin
Yang no 4 dah ada anak seorang dan tinggal di Kuala Lumpur..
No. 5 punya anak seorang dan menetap di Serendah..
Yang bongsu baru sahaja berkahwin pada 26.11.2016 dan tinggal di kampung bersama Abah..
Adik perempuan saya yang no.6 juga baru berkahwin pada September 2016 dan kini sedang mengandung anak sulung..
Adik beradik suami saya semuanya lelaki dan sudah berkahwin..
No.2 menetap di Setiawan dan punya anak sorang.
Yang bongsu menetap berdekatan dengan kami dan punya dua orang anak..

Itulah keluarga saya..
Tak besar.. dan juga tak kecil..

10 comments:

  1. Teringin jugak nak buat cabaran berblogging ni

    ReplyDelete
  2. seronok kan ada keluarga besar esp bila semua berkumpul waktu raya n kenduri..

    ReplyDelete
  3. best nya kelurga besar.. Moga yang da pergi ditempatkn dikalangan org2 y beriman... amin ya rabbal

    ReplyDelete
  4. Wah =) semoga allahyarham & allahyarhamah berada di golongan org2 beriman amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. Aamiin..
      Terima kasih atas doanya Jun Zie..

      Delete
  5. ramai juga ya sha adik beradik 8 org

    ReplyDelete
  6. Adik beradik akak lagi lah ada 11 orang dan alhamdulillah masih ada semuanya walaupun kami dah jadi anak yatim piatu sebab kedua mak dan bapa dah meninggal dunia

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..