Wednesday, December 7, 2016

#foodwritingchallenge - Day 2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Day 2
#foodwritingchallenge
Favorite Recipe From My Childhood

Resepi yang menjadi kenangan dan tak akan Sha lupa..
Gulai Lemak Pucuk Ubi Tumbuk bersama Sambal Tumis Ikan Bilis masakan Ibu Sha..
Ini adalah makanan yang sangat menjadi kegemaran kami sekeluarga..
Tambah-tambah bila arwah Ibu dah tak ada..
Walaupun Sha boleh masak tapi tetap tak sama dengan air tangan Arwah Ibu..

Gulai Lemak Pucuk Ubi Tumbuk ini memang kena makan dengan Sambal Tumis..
Baru rasa dia umphh..
Tak kisahlah Sambal Tumis apa pun..
Cumanya, Arwah Ibu selalu gandingkan dengan Sambal Tumis Ikan Bilis..
Kalau You guys nak makan dengan Sambal Tumis lain pun ok je..
Janji Sambal Tumis..

Resepi Gulai Lemak Pucuk Ubi Tumbuk ini Sha dah pernah share kat SINI..
Tapi Sha share sekali lagi kat entry ini..
Hope awak semua bolehlah cuba..

Gulai Lemak Pucuk Ubi Tumbuk
Bahan-bahan dan Cara Memasak
Pucuk ubi
Terung rembang
Kedua bahan ini ditumbuk bersama hingga habis..
Kalau nak pakai blender pun boleh tapi recycle je air tu supaya nanti masak lemaknya x cair sangat.
Dah habis blender, masukkan dalam periuk dan tambah air..
Rebus sehingga hilang bau daun..
Lebih kurang 10 ke 15 minit.
Tambah santan.. 
Bawang dan cili padi ditumbuk.
Tambahkan selepas santan..
Kacau sehingga mendidih..
Kemudian bolehlah masukkan garam dan gula.. Kacau bagi sekata.. Dah siap

Bahan-bahan ini semua korang agak2 je tau..
Dia tak ada kuantiti sepesifik..

17 comments:

  1. Masakan ibu dah sebati dengan kita. Dari lahir sampai besar kita rasa masakannya 😉

    Memang takkan sama rasanya. Sebab ada nostalgia kan Sha 😁

    Sedapnya masakan gulai lemak ubi ni. Makan dengan nasi panas lepas hujan

    Wah. 😘

    Mabeles

    😍😍 Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan 😊😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mazni.. Masakan ibu walaupun hanya telur goreng tetap menajdi kesukaan anak2..

      Delete
  2. Resepi yang simpkle tapi sedap..
    Boleh try nanti..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  3. perahhhh gulai lemak!!! sedap kak sha.. baca pun terbayang2 da

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak yang nengok resepi pun telan air liur unni..

      Delete
  4. sedap jugak gulai lemak macam ni..hii ramai jer blogger yang join foodwriting challenge ni..

    ReplyDelete
  5. sedapnya sha...kecik2 dulu akak suka minta arwah mak akak masakkan masak lemak pucuk ubi juga..menjilat jari dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi.. bila ingat masakan mak memang camnie lah perasaan dia kan kak..

      Delete
  6. Siqah suka sangat gulai lemak :D

    ReplyDelete
  7. pucuk ubiiii. busyra kan kalau dgn pucuk ubi ni tak leh nak lari. nak dekat ja . hehe

    ReplyDelete
  8. air tangan ibu paling sedap walaupun kita dah masak ikut cara dia kan kan

    ReplyDelete
  9. Pucuk ubi tak makan... sedap ke sha?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..