Wednesday, December 21, 2016

Jawapan Sha : Jom Tanya Soalan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada keluarkan entry Jom Tanya Soalan..
Hahaha.. Part nak menjawab lah pula..
Okay jom kita tengok jawapannya..


Soalan No.5 - Putus Cinta
Mestilah pernah.. Dua kali kot..
Tapi tak ingatlah bila cuma masa nie belum kerja lagi..
Tengah belajar dekat Kolej.. Satu tu muda setahun dari Sha..
Yang second tu tua setahun dari Sha..
Dua-dua nama Saiful (ejaan je lain)..
Tapi takdelah heart broken sangat.. Cinta remajalah katakan..

Soalan No.30 Cerewet?
Hahaha.. soalan ini paling banyak yang tanya..
Sha tak cerewet, kot.. Okay.. okay.. Cerewet sikitlah..
Kalau Sha sidai baju mesti ikut aturan.. Basuh pun sama..
Memasak mesti prepare bahan dulu, baru masak..
Pastu sambil masak sinki tak nak ada pinggan kotor..
Kira cerewetlahkan.. Hahaha.. Cuma taklah serius sangat..

Soalan No.22 - Peluang Kedua
Peluang kedua.. semua orang berhak..
Tak kira apa sekalipun salahnya.. Tapi untuk Sha, sampai peluang kedua je..
Tak akan ada lagi peluang selepas yang kedua..
Maaflah, Sha memang ada bad habits.. Berdendam dan sangat terasa..
tapi sekarang ini tengah belajar mengawal perasaan.. dah berusia kan.. hehehe..
Everybody deserve a second chance..

Soalan No.9 - Memori
Memori.. sha suka semua kenangan yang sha ada..
Walaupun pahit dan perit namun pada Sha semua tu memberi pengajaran dan pengalaman..
Saat paling manis bila Sha pertama kali melihat wajah Nur Amani..
Bayangkan di saat dan ketika sha masih lagi termangu-mangu bergelar seorang ister, Sha diasahkan pregnant.. Kemudian dengan tak ada guidance dari sesiapa Sha melalui tempoh mengandung bersama suami.. Kami betul-betul belajar dari zero.. ini antara moment yang sering Sha rindukan.. Saat lepas melahirkan dan mendakap baby didada.. Saat paling manis..

Soalan No.11 - Diet atau Senaman
😜😜  Dua-dua Sha tak suka.. Tapi kalau suruh buat dua-dua dengan motivasi yang bagus, Sha boleh je buat.. Tapi disebabkan kemalasan dan kekuatan menahan nafsu tu je yang sering mengganggu.. hehehehehehe.. Masa bujang Sha memang rajin senam.. Selalu jalan keliling politeknik nie..
Sejak dah kahwin dan ada anak nie agak tak berapa rajin.. Walhal encik suami ada belikan basikal untuk senaman kat dalam rumah.. Nampak tak betapa malasnya badan ku ini.. hehehe.. Tapikan azam Tahun 2017 macam kena bersenam baliklah.. Doakan Sha kuat semangat ye..

Soalan No.19 - Kawan Baik
Encik Suami kini dan selamanya.. hehehe..
Dah kawin baru ada kawan baik aka BFF...
Kalau kawan gitu-gitu ramai je..
Semua orang sha kawan..

Soalan No.21 - Hak Gay
Go to H_ _ _(Maaflah ganas sikit)...
Tak suka dan tak setuju..

Soalan No.27 - Suka Berkongsi
Hurm!!! Berkongsi apa ye???
Kalau suami -  No Way..
Yang lenlain tu depends pada situasi..
Kongsi buku, kongsi makan, kongsi pendapatan, kongsi kereta..
Ini semua bergantung pada situasi dan keadaan..
Tapi Kongsi suami memang taklah.. dulu kini dan selamanya..

Okay.. Buat masa ini tu je soalan yang sha terima..
Thanks pada semua yang sudi bertanya..
Kalau ada lagi, sha buat entry lain ye..

7 comments:

  1. Hahahaha.. terima kasih kerana sudi menjawab..

    ReplyDelete
  2. hiihi. tang second chance tu memang same ! bad habits, klau dah tk reti guna pluang tu, smpai ke mati la bdoh namenya --'

    ReplyDelete
  3. Dah jadi sesi Q&A. LEpas ni boleh buat FAQ frequently asked question

    ReplyDelete
  4. semoga berjaya merajinkan diri untuk bersenam hihi

    ReplyDelete
  5. Alahai, terlepas peluang nak tanya soalan pada Kak Sha... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada nak tanye ke Shikin?? Boleh je gi kat entry tanya soalan tu..

      Delete
  6. hahahahaha...27 tu win!!! sape la nk kongsi suami kan... thks kak sha jwab soalan :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..