Tuesday, January 31, 2017

Bila Saudara Datang Bertandang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cuti Tahun Baru Cina kemana??
Sha balik umah Abah di Ayer Tawar..
Ada saudara dari Melaka nak datang..
Abah dah call dua, tiga kali ingatkan..
Walaupun kaki sakit dan tak kuat..
Balik tetap balik.. Cuti lama kan..
Hari Jumaat Sha dah start cuti..
Sha gi berubat di Batu Gajah..
Kemudian jenguk rumah kat Ipoh..
Baru gerak balik rumah abah..
Malam tu dalam pukul 10 lebih saudara dari Melaka sampai..
Meriah rasanya rumah bila sepupu-sepupu Sha, Mak sedara dan anak buah berkumpul..

Sabtu pagi lepas sarapan, adik bongsu Sha bawa mereka jenjalan di Pulau Pangkor..
Malam baru sampai rumah..
Malam tu sepupu Sha masakkan Asam Pedas Ayam..
Melaka dan Asam pedas berpisah tiada..
Jangan marah ye.. hehehe..

Ahad pagi kami main masak-masak..
Gi pasar cari lauk untuk masak tengahari..
Malangnya tak banyak pilihan..
Beli ikan pari dan sotong je..
Ikan pari buat asam pedas..
Sotong lak buat sambal..
Lepas lunch beramai-ramai, mereka pergi mandi laut di Teluk Batik..
Pergh!! Jem dan sesak..
Malam pukul 10 baru sampai rumah..
Sambung pula aktiviti BBQ..
Memang syoklah.. Makan ramai-ramai..
Bersembang sampai lewat malam..

Isnin lepas lunch, kami ke Lumut..
Mak sedara dan sepupu nak beli hasil laut..
Lepas memborong, lepak makan cendol dan ABC yang tak berapa best di Marina Wing..
Kemudian mereka gerak balik Melaka..
Dalam pukul 2 pagi camtu baru mereka sampai rumah..

Cuti yang memang ohsem dan best..

Bila Saudara Datang Bertandang
BBQ time..
Sepupu Sha perap ayam tu pakai
Serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, kicap manis, gula, sos tiram dan garam..
Pergh!! Marvolous..

Bila Saudara Datang Bertandang
Jom.. jom bergambar dulu..
Masing-masing sebok mengemas..
Bersiap dan bersembang..

Bila Saudara Datang Bertandang
Sesi bergambar sebelum berpisah..

9 comments:

  1. Waalaikummussalam Sha..mmg seronok ziarah menziarah ni. Kat KL pun ikan sangat limited sebab CNY..ni pun masih mood bercuti tapi gagah masuk ofis dan esok cuti lagii..

    ReplyDelete
  2. seronoknya bila dpt berkumpul ramai2 cenggini kan..

    ReplyDelete
  3. seronoknya dapat berkumpul ramai2 camtu

    ReplyDelete
  4. ari tu family k.el ngan family biras mai umah time cuti CNY..penuh rumah k.el dah lah rumah pun kosong je..segan nak bergambar haha

    ReplyDelete
  5. wah meraihnya sha..seronok kan dapat kumpul ramai2 macam ni

    ReplyDelete
  6. Seronok bercuti bila berkumpul semua ahli keluarga :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..