Friday, January 6, 2017

Kuih Keria Gula Melaka di Behrang 2020, Perak

Assalammualaikum..
Hye semua..

Sekarangkan viral pasal Kuih Keria Gula Melaka..
Sha pun teringin juga nak rasa.. Sedap sangat ke..
Alhamdulillah.. Dimurahkan rezeki terjumpa yang dekat sahaja..
Sebenarnya memang lama dah nampak adik nie niaga..
Cuma tak tergerak nak beli..

Bila tergerak nak beli tu, Sha beli 3 ketul je..
Pergh!! memang berbaloilah dengan harga dia..
Serius sedap, lembut.. Pastu rasa keledek yang ohsem..
Seketul harga dia 60 sen je..

Pada tekak Sha memang sedap.. Tekak korang Sha tak tau..
Kalau teringin nak rasa, pada yang duduk sekitar Tanjung Malim, Slim River dan Behrang..
Bolehlah cari adik nie di Behrang 2020..
adik nie berniaga berdekatan dengan Pasaraya 99 Speedmart..
Dia buka meja je dekat kaki jalan kedai..
Ada jual Kuih Keria Gula Melaka nie dengan Popia Sira Sambal (50 sen-seketul)..

Kuih Keria Gula Melaka di Behrang 2020, Perak

5 comments:

  1. Sedapnya.. sekarang memang trend kuih keria nie pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha a.. merata-rata orang jual.. tapi nak cari yang betul-betul sedap memang susah..

      Delete
  2. Sedapnya Sha. Ana memang nak sgt makan keria cmnie. Kat sini tak jumpa lg. Last 2 weeks dpt makan yg kat Alor Gajah punya pun sedap dah. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. kadang-kadang kat tempat yang X viral lagi sedap..

      Delete
  3. viral pasal kuih ni,...hihi...memang bab kuih keria kureng sikit

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..