Wednesday, February 1, 2017

Tutorial Asam Pedas Telur

Assalammualaikum..
Hye semua..

Tutorial kali ini  special sikit..
Sepupu Sha yang masak..
Sha snap gambar je.. hehehe..

Jom layan..
Kalau korang tak makan telur, boleh tukar bubuhlah apa yang korang suka..

Tutorial Asam Pedas Telur

Rebus cili kering kemudian blend..
Ini cili kering sahaja tau..
Tak ada tambah bawang or halia..

Bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam ditumbuk..

Telur direbus dan kopek kulitnya..
Nak pecah macam buat gulai lemak cili padi telur itik pun boleh gak..

Tumis bahan tumbuk dulu hingga naik bau..

Masukkan cili giling..

Tumis hingga pecah minyak..

Air asam jawa..

Masukkan air asam jawa..

Last masukkan telur..Renehkan lebih kurang 5 minit.. Pastu bolehlah hidangkan..

Bahan-bahan ini korang kena pandai agak-agak ye.. Sebab. Tak ada jumlah spesifik.. nak kata sepupu Sha.. Hehehe..
Selamat mencuba.

Yeah!! Dah masak..
Jom makan dengan nasi..

9 comments:

  1. Uis.. Asam pedas telur.. Tak pernah lagik makan ni..

    ReplyDelete
  2. Wah, first time pula akak dgr asam.pedas telur walau dah berbelas tahun menetap di Melaka. Nak try lah lepas ni. Bawa bekal pergi opis pun mabeles ni.

    ReplyDelete
  3. busyra pun x pernah cuba lg. nk try nnti. hehe. tq kak sha. berselera tngok!

    ReplyDelete
  4. Sedapnya, boleh cuba ni. Memang tengah fikir nak masak apa malam ni hehe

    ReplyDelete
  5. very new to aida ni, sha.
    asam pedas telur :)
    terbaik !

    ReplyDelete
  6. sedapnya...hihi..MV kalau bosan pun selalu masak ni lah

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..