Thursday, April 27, 2017

Pasar Buku Bangi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Korang minat buku tak?
Duduk berdekatan dengan Bangi or nak ke Bangi?
Jangan lupa singgah Pasar Buku Bangi.

PASAR BUKU BANGI ialah suatu platform berkonsepkan jualan buku terpakai secara terbuka ala "car boot sales" yang membolehkan orang ramai membeli dan menjual atau berkongsi bahan bacaan terpakai.

Bertempat di kawasan parkir Perpustakaan Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, pasar ini juga memberi peluang kepada rumah penerbitan baru atau kecil untuk membina rangkaian pemasaran mereka.

Selain dari itu, pelbagai aktiviti berkaitan dengan sastera dan seni turut dijalankan di sini.

Diadakan pada setiap hari SABTU minggu KEDUA & KEEMPAT, dari jam 10 PAGI hingga 5 PETANG, semestinya Pasar Buku Bangi suatu lokasi menarik bagi pencinta & penggemar buku dan ianya merupakan suatu acara berkala yg pertama seumpanya di Malaysia. Ayuh datang beramai-ramai ke Pasar Buku Bangi, anda pasti TERUJA!

 

Tempat : Kawasan Parkir Perpustakaan Daerah Hulu Langat, Bandar Baru bangi
Hari : Sabtu (Minggu Kedua & Keempat)
Masa : 10 pagi hingga 5 petang

6 comments:

  1. oh, bagus tu. car boot sales buku. mesti ramai datang nanti. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Harapnya akan ramai yang datang ke sini..

      Delete
  2. Bagus kan Sha....kiranya mcm kempen membaca jugak ni. Kadang tu suka membaca tp malas nak naik mall nak mencari kedai bulu. Kalau ada mcm ni senang sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bagus kak.. Kalau tak suka naik mall, boleh beli online kak.. hehehe

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..