Wednesday, April 12, 2017

Pengalaman di Cititel Express Ipoh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ceritakan, Sha tebus voucher Traveloka..
Sha pilih Cititel Express Ipoh, yang terletak berhampiran padang Ipoh..
Sebab tawaran bilik berserta breakfast yang sangat berbaloi..
Ini first time ye Sha menginap di Cititel Express Ipoh.

Memang wow la..
Cantik sangat hotelnya.. hehehe..
Parking bertingkat sebab kawasan yang agak terhad..
Jom tengok gambar..

 
 Parking bertingkat..
Ini dekat dalam basement..
Kecik je basement dia..
Dekat luar pun ada parking bertingkat ini..

 
 Katil queen dua..
Katil ini boleh dirapatkan tau..

 
 TV, Comlimentary drinks, telefon dan juga hair dryer..
Anak Sha suka betul hair dryer tu..

Itu je gambar yang Sha sempat bubuh dalam Blog sebelum Sha terdelete gambar-gambar yang lain..
Review ini bukanlah review berbayar ye..
Ini adalah pengalaman Sha sendiri..
Bilik sangat bersih, lengkap dengan kemudahan seperti kattle air, seterika dan papan penggosok.
Bilik air pun bersih.. Ada sabun mandi, tuala, water heater dan tisu..
Aircond dia best.. sejuk dan nyaman..
 Layanan dari petugas kaunter juga sangat bagus sewaktu check in dan check out..

Cumanya sha kurang berkenan dengan perkhidmatan buffet breakfast dia..
Sha turun dalam pukul 8 lebih macam tu, banyak makanan dan peralatan yang tak ada..
Kita kena request baru dia tambah dan sediakan..
Pilihan makanan tak banyak tapi lengkap..
Walaupun begitu, Sha suka bubur nasi dia.. Sedap.. Seriously sedap.. Sha tambah dua kali..
Makan tanpa bahan-bahan lain pun sedap..

22 comments:

  1. hotel baru ka ? cantik dan kemas

    ReplyDelete
    Replies
    1. encik suami kata hotel lama yang dinaiktaraf semula.. hehehe

      Delete
  2. Wahh selesa bilik dia.. besar.. kelengkapan pown lengkap..

    ReplyDelete
  3. bilik nampak simple...tp yg penting bersih dan makanan kena sedap walau tak mewah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Mrs Fuzy.. Baru selesa nak menginap..

      Delete
  4. cantik la hotel ni... selalu lalu je sbb mak mertua pun dekat ipoh... parking bertingkat tu yang menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha pula seram tengok parking bertingkat tuh.. hehehe

      Delete
  5. Macam ner tebus voucher traveloka tu kena belajar dengan sha la nanti.. Nampak macam kemas hotel tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah je Ekin.. Dekat bahagian payment tu nanti dia ada suruh masukkan kod vaoucher.. kalau kena tambah, yg bakitu je kita bayar online.. Tapikan sha suka lah tempah guna traveloka nie.. harga biliknya memang dasyat dan berbaloi..

      Delete
  6. Kemas dan cantik bilik hotel tu. Mesti selesa sgt kan.

    Ana pernah kne makanan hbs masa di Terengganu. Padahal baru pkl 8. Huhu. Lepas tu pukul 7 dah turun breakfast. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kemas dan cantik ana.. berbaloi rasanya...
      Bab makan tu memang kena turun awal lah..

      Delete
  7. seronoknya sekali sekala dapat check in hotel kan kak. walaupun dekat2 je hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. mujurlah dapat voucher tu kira.. lama dah sebenarnya tak tidur hotel..

      Delete
  8. aida pernah baca reviw pasal hotel ni.
    bab parking dia tu yg terbaik.
    tapi lom pernah dpt stay. in shaa Allah one day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bolehlah aida review lak kalau dah stay..

      Delete
  9. alhamdulillah rezeki =) bgs nya parking yg di sediakan, ttarik sgt ju tgk =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. hehehe.. Nanti bolehlah ju ke sini..

      Delete
  10. Memamng pun.. dari mula check in sampailah ke check out.. tu je barang yang dia dok usik..

    ReplyDelete
  11. pertama kali ngk parking bertingkat. Tak berani pulak nak parking bawah..

    ReplyDelete
  12. Hee..tertanya2 mcm mana nk parking yg parking brtingkat tu ya...jakun sat

    ReplyDelete
  13. wah bestnya...mv suka keadaan biliknya nampak tenang

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..