Friday, April 7, 2017

Projek Seram Lif oleh Ninie Othman, Resmanshah & Helmi Effendy

Assalammualaikum..
Hye semua..

Buku yang kelima Sha baca untuk bulan April..
Alhamdulillah, mood membaca dah makin okay..
Novel ini Sha beli Preloved dekat kawan Instagram..

Kau Ku Seru oleh Ninie Othman
"Dia mungkin sudah mati tetapi dia tetap ada."
Kawasan yang memang suram..
Dengan kegelapan dan kengerian..
Namun disebabkan sikap yang sukakan perkara mistik menyebabkan sahabat mereka mati..
Jangan sesekali menyeru mereka yang mati.. kerana petaka yang akan datang..
Sejarah sesuatu tempat tu wajib dicari..

Khilaf oleh Resmanshah
"Ada mata yang memerhati."
Cerita ini betul-betul spin off..
Banyak je manusia yang cengginie..
Bila ditimpa kesusahan berpaling dari Allah..
Merosakkan manusia lain sehingga menyebabkan kematian..
Hanya kerana emak tu tak sempurna, malu nak mengaku..
Manusia memang macam tu..
Bila ditimpa musibah baru nak insaf..
Yang paling dasyat bila begitu berani menjatuhkan hukuman kepada manusia lain.. Menyebarkan aib manusia lain tanpa rasa bersalah.. Bukannya nak menginsafi ataupun muhasabah diri..

Aras 77 oleh Helmi Effendy
"Lif itu ialah pintu kepada setiap memori hitam manusia!"
Cerita yang mengujakan..
Terubat rindu dekat Citra dan Badruz..
Bila ada yang berjanji dengan syaitan..
Manusia lain yang jadi mangsa..
Syaitan itu sentiasa menyesatkan..

Sha baca pada 05.04.2017 dan selesai pada 06.04.2017..

8 comments:

  1. Selalu nampak genre buku begini di kedai buku. Tapi tak pernah siqah beli. One day, maybe :)

    Tahniah kak. Buku ke-4 dalam bulan April. Baru 7 hari je masuk bulan April ni. Hii

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Yup Ana.. Ada tiga cerita berbeza dengan tiga penulis..

      Delete
  3. Kalo ju baca novel seram confirm terikut juga rasa takut tu =)

    ReplyDelete
  4. ada 3 kisah dalam novel ni yek.. baca review sha cam menarik buku ni.. leh buat koleksi jugak ni nampak gayanye.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Satu novel ada 3 cerita yang berbeza menarik teringin nak datang mood membaca novel tapi xleh mood tu hilang hihihihi

    ReplyDelete
  6. nanti cuba dapatkan koleksi buku begini

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..