Saturday, May 13, 2017

NutriBrownRice™ - Minuman Segera Berasaskan Beras Perang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom cuba minuman segera berasaskan Beras Perang dari NutriBrownRice.



Memperkenalkan minuman segera yang lancar dan sedap penuh dengan vitamin dan mineral semula jadi berasaskaan beras perang. NutriBrownRice ™ adalah minuman yang sihat untuk sarapan pagi anda juga boleh dijadikan minum petang atau makan malam. Beras perang adalah 100% gandum. 1 cawan NutriBrownRice ™ boleh memberi anda sehingga 42% daripada keperluan bijirin penuh harian anda. Mengambil seluruh biji-bijian dapat membantu memperbaiki masalah kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, paras gula darah tinggi, masalah pencernaan dan kelangsingan tubuh badan. Anda akan merasai kekenyangan dengan lebih lama.

Jadi Mengapa Brown Rice?
Pakar pemakanan amat mengesyorkan beras perang sebagai sumber yang sangat baik bagi semua pusingan pemakanan : mangan, magnesium, besi, selenium dan vitamin B1, B3, B6 dan Vitamin E. Beras Perang adalah sumber yang baik bagi serat, protein dan gamma -oryzanol.





Perbezaan antara Beras Putih dan Beras Perang


5 manfaat beras perang yang perlu korang tahu!!

Produk NutriBrownRice™ ini selamat untuk di ambil oleh semua peringkat umur. Bukan setakat di Malaysia sahaja produk ini dijual tapi ia juga dijual di China, Singapura, Hong Kong, Korea dan Eropah.. Paling penting, produk NutriBrownRice™ ini mempunyai sijil HALAL dan telah dapat beberapa pengiktirafan dan anugerah seperti :-




NutriBrownRice ™ mempunyai 6 perisa perdana dengan 2 kategori iaitu Low Sugar Series dan No Sugar Added Series.. Bolehlah pilih mengikut kesesuaian selera kita..


No Sugar Added Series didatangkan dengan 3 perisa iaitu Original, Original with Inulin dan Honey.

Original with Inulin ini sesuai diminum ibu mengandung kerana dibuat khas bagi membantu meningkatkan bakteria baik dalam kolon iaitu Prebiotic.

NutribrownRice with honey masih dikategorikan sebagai minuman gula yang rendah walaupun anda menambah madu. Madu menggalakkan tidur yang lebih baik, meransang memori dan merupakan minuman tenaga yang sangat baik. Sesuai diminum sebelum tidur.


Low Sugar Series pula terdiri daripada Original, Oat with Soy Lecithin dan Chocolate.

Untuk NutriBrownRice Original, ianya tidak mengandungi addictives, perservatives atau pewarna tiruan. mengandungi nutrien semula jadi. Dengan menambah sedikit gula perang dapat meningkatkan rasanya dan memberi rasa yang lebih sedap.

Dengan emping oat segera & soya lesitin. Anda pasti akan jatuh cinta dengan rasanya yang ohsem.. Minuman ini sesuai buat mereka yang tidak menggemari Oat. Soy Lecithin meningkatkan fungsi otak, merendahkan kolestrol dan penting untuk kesihatan hati.
 
Bagi perisa coklat pula, ia mengandungi zat besi & kalsium, baik untuk pembentukan darah dan kesihatan tulang. Kerana bahan utama adalah beras perang dan bukannya coklat / malt, ia tidak menyebabkan "kepanasan" kepada badan anda. Mungkin lebih lazat daripada mana-mana minuman coklat yang lain! Sesuai juga diminum oleh kanak-kanak!



Pada Sha yang dah rasa kelima-lima flavour, Sha sangat menyukai NutriBrownrice Chocolate dari Low Sugar Siries. Ini kerana rasanya yang sangat menepati selera Sha yang sukakan coklat.

Pada Sha Minuman segera dari NutribrownRice ini sesuai dijadikan minuman sewaktu bersahur, kerana ianya sangat mengenyangkan. Memang sesuailah untuk kita yang bakal berpuasa tidak lama lagi.. Jangan tunggu lagi jom dapatkan minuman segera berasaskan Beras Perang ini segera..

Produk NutriBrownRice™ ini ada dijual di Pasaraya Aeon, Cold Storage, Sam's Gloceria dan Popular Bookstores..

Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website
http://www.nutribrownrice.com

Facebook
https://www.facebook.com/NutriBrownRiceMalaysia

Email
info@abrandfood.com

Skype ID
abrandfood


No. Contact
012 797 7723

3 comments:

  1. thorrrrbaekk sha.. dah cuba ke ni? best tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cuba Lea.. sangat suka yang perisa coklat ngn honey tu.. best..

      Delete
  2. sha dah cuba ker...dah berapa lama

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..