Wednesday, May 24, 2017

Tragedi Hari Selasa : Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tragedi sungguh hari ini..
Pukul 12.45pm (23.05.2017) Cikgu Syu telefon Sha bagi tahu Imani masukkan kaler dalam telinga..
Sekarang Imani dekat Klinik 1Malaysia, Cikgu Syu bawa..
Pergh!! Sentap jantung dibuatnya..
Sabar jelah mendengarnya..
Berkat puasa kan.. Mujurlah tak meletop..

Sampai dekat Klinik 1Malaysia, tengok Imani dengan Cikgu Syu dah tunggu dekat luar..
Cikgu Syu cakap doktor dah keluarkan serpihan warna tu..
Cuma kena pantau telinga Imani.. Kalau ada keluarkan cecair ke atau Imani mengadu sakit ke..
Kena bawa ke Hospital lah sebab klinik 1Malaysia takde peralatan nak tengok dalam telinga..
Dapatlah ubat titik dengan ubat makan..

Bila tanya Imani kenapa masukkan serpihan warna dalam telinga?
Dia jawab "Icha pun masukkan juga.. " Muka cebik cebik..
Hai la.. Mak nak marah pun tak sampai hati..
Tanya Imani, sakit tak.. Dia jawab tak sakit..
Harapnya tak ada apalah.. Susah pula hati sha..

Cikgu syu siap minta maaf sebab kes jadi dalam pemantauan mereka..
Sha pula tak marah cikgu.. Bukan salah cikgu pun..
Imani yang terlebih berani.. hehehe..
Sebabkan dia tak nak dah pergi sekolah..
Sha bawalah dia pergi opis, sementara tunggu suami sha amik..

Anak no 2 nie memang banyak cabarannya..

 
Telinga sebelah kanan..
Ada kesan warna dekat telinga dia..

18 comments:

  1. Alahai.. Kesiannya Imani, tapi tue la.. Ramai yang cakap, anak no.2 nie lain macam sikit perangainya, betul ke tak wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat yang akak tengok dan pengalaman sendiri.. Memang anak no 2 nie lain sikit.. hehehe.. Kawan akak pun cakap yang sama..

      Delete
    2. Sy anak no2, memang lain sikit perangai 😂

      Delete
  2. ish..takut gak dengar ni..saya masa darjah 1 pun pernah buat perangai gini..sampai kena operate. harap anak sis tak apa-apa ye, Insha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Imani okay.. cuma luka sikit kat dalam telinga..

      Delete
  3. mujur tak sakit risau jugakan kalau tercucuk kat dalam, moga takde apapalah hendaknya

    ReplyDelete
  4. Harap Imani takde apa-apa yang seriuslah ya...

    ReplyDelete
  5. Lahai seriau lak baca... Haisss.. bahaya sangat tu.. harap tak dalam la dia cucuk tu sha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut kata cikgunya, panjang juga warna tu..

      Delete
  6. Mujur semua ok. Terlebih kreatif Imani ni ye.

    ReplyDelete
  7. Insha Allah harap takde ape. Budak-budak suka nak mencuba sesuatu yang baru.

    ReplyDelete
  8. Allahu ! slalu dgr kanak2 masuk benda dalam hidung. ni dekat telinga pula, dah tu Imani pula ! xD alhamdulillah nasib xda pa2 =)

    ReplyDelete
  9. Oooo, baru tahu cerita sebenar..
    Aiseh, mrs pip terlepas entry ni terus ke entry seterusnya...
    Nasib baik telinga imani dah ok, eh mmg risau...

    ReplyDelete
  10. Allahu... semoga tiada apa-apa berlaku pada anak dara tu. If risau juga, baik bawa ke pakar kanak-kanak atau pon ENT. Takutlah serpihan warna mengeras di dalam ke... just in case.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..