Saturday, July 8, 2017

Makan Sini Halal, Bawa Pulang Haram

Assalamualaikum..
Hye semua..
Sekadar perkongsian buat renungan bersama..

Makan Sini Halal, Bawa Pulang Haram

Suatu ketika dulu saya pernah menulis satu cerita bertajuk  'please take one' yang ramai dikongsi oleh pembaca untuk menjadi panduan kehidupan.

Hari ini saya nak ingatkan semula terutama musim musim perayaan ini yang mungkin kita terlupa dan terlalai.

Apabila kita ziarah rumah kawan, sahabat atau saudara atau open house, tuan rumah akan menjamu kita dengan berbagai bagai makanan. Ada yang baru disediakan dan ada yang telah tersedia di dalam balang kuih.

Apa yang dihidang atau disediakan tu adalah untuk kita makan di situ. Bukan dikaut masuk poket dan bawa balik ke rumah. Lainlah jika tuan rumah bungkus dan beri kita bawa pulang.

Ada orang apabila kuih itu dia suka dan sedap, dia ambik dan bungkus didalam tisu dan masukkan dalam poket atau beg.

Hukumnya haram. Kecuali minta izin.

Makanan yang diambik tu bukan hak kita. Tuan rumah sediakan untuk tetamu. Mana tahu selepas kita ada tetamu yang datang lagi.

Ni kena bagi ingat dan pesan pada anak anak. Saya yang selalu berpesan pada anak-anak, anak-anak dah besar pun masih ada yang telah melakukan tanpa sedar.

Semalam pergi ziarah rumah kawan, ada manisan yang dihidangkan. Ting-ting yang diperbuat dari kacang, ditumbuk halus dan digaul dengan gula. Kemudian dicetak ikut bentuk yang disukai , kemudian dibungkus supaya tidak berterabur. Bila dimakan, kita ambik sebungkus, buka dan suap dalam mulut.

Tuan rumah sediakan manisan ini banyak di dalam mangkuk kuih. Sedap makan hingga terasa banyak dihabiskan. Tuan rumah tak kisah kita makan. Makan sama sama sambil berbual-bual.

Pagi tadi selepas solat subuh, saya ternampak sebungkus manisan ini atas meja. Hmm... apalagi, semua  kena panggil untuk diberikan tazkirah.

Dan segera saya ambik gambar dan wasap tuan rumah untuk meminta maaf dan mohon dihalalkan. Sangat takut makanan ini menjadi asbab tubuh dijamah api neraka. Takut sungguh saya.

Makanan memang halal tetapi cara mendapatkan makanan itu menyalahi , menyebabkan jadi haram.

Oleh itu mak mak berhati hati ya. Perhatikan anak anak kot mereka ada terambik makanan tanpa disedari. Boleh ambik dengan izin. Jika benar anak suka tidak diberikan, anak jadi tarantula, cakap dengan tuan rumah minta dihalalkan. Jika dalam kereta baru tersedar segera telefon bagitahu. Zaman kini dah canggih, ada telefon untuk dihubungi.

Kalau zaman dulu, saya hantar dan pulangkan. Pendek kata pernah suami patah balik semula ke rumah kawan untuk bagitahu yang anak dah terambil dan bawa ke dalam kereta. Pastikan makanan itu halal kerana makanan halal membersihkan hati agar mudah dengar nasihat, mudah faham ilmu dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.

Jangan salahkan anak benak jika kita tidak endah pun apa yang anak makan, sumbernya halal atau haram. Biar anak lambat pembelajaran kerana akalnya, tetapi lurus dan bersih hatinya.

#TipsMendidikAnakSoleh
#perkongsian dr group ahlulsunnah wal jamaah

3 comments:

  1. Lepas tu kena mintak maaf.
    halalkan makan minum yang terambil atau terbawa pulang.

    ReplyDelete
  2. tingting juga kegemaran ju, ju sgt hargai dan btrima kasih utk pkongsian sis kali ni. anak sesuci kain putih, masih byk perlu dipelajari, tnpa sedar melakukan kesilapan, disana lah ibu bapa perlu main peranan =)

    ReplyDelete
  3. sgt bagus peringatan ni Sha.
    and perlu kita tunjuk ajar anak-anak.
    agar ilmu peringatan ni dikongsi dan kongsi dan kongsi...
    tak pepasal yg halal jadik haram :(

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..