Friday, July 7, 2017

Pembantu Pustakawan Gred S19 (Syarat, Kelayakan & Urusan Pengesahan Jawatan)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha share Syarat Lantikan, Tangga Gaji dan Deskripsi tugas dari Portal SPA..
Kalau ingin memohon, boleh klik SINI, SINI dan SINI.

Pembantu Pustakawan Gred S19
Kumpulan: Pelaksana
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan


Jadual Gaji:

GAJI MINIMUM
RM1,352.00

GAJI MAKSIMUM
RM4,003.00

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM100.00


Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80). 
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
  1. Berfungsi sebagai tempat simpanan dan rujukan bahan perpustakaan;
  2. Berfungsi sebagai pusat penyerahan hadiah dan rujukan terbitan keluaran jabatan;
  3. Penglibatan dalam program hadiah dan pertukaran; dan
  4. Menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan, termasuk pinjaman antara perpustakaan. 
(Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

 Untuk peperiksaan bagi pengesahan jawatan, anda perlu memohon dengan JPA bagi peperiksaan perkhidmatan. (Boleh Klik SINI untuk memohon peperiksaan dan klik SINI untuk sukatan peperiksaan) Atau terus ke website https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/. Untuk peperiksaan Subjek Jabatan pula anda perlu memohon dengan pihak Perpustakaan Negara Malaysia. Klik dekat SINI.Tapi kena sentiasa berhubung dengan Perpustakaan Negara sebab kadang-kadang tarikh peperiksaan tu bertukar.. Selain daripada itu, kena pergi Program Transformasi Minda (Ini untuk pengambilan baru jawatan S19).. Boleh mohon di SINI dan maklumat lanjut tengok SINI. Sebelum ini ada Induksi/Kursus Umum dan Khusus..

Mungkin akan ada perubahan dari masa ke semasa.. Bergantung pada pengambilan juga..
Harap dapat membantu..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..