Monday, July 3, 2017

Raya 2017 #4

Assalamualaikum..
Hye semua..

Raya diteruskan..
Aktiviti biasa yang Sha akan buat setiap tahun..
Melawat kubur arwah mak di Ampang,  KL.
Lepastu melawat saudara-mara sebelah abah yang duduk sekitar KL..
Tapi tahun ini kita ubah angin..
Lepas melawat kubur arwah mak di Ampang,  Sha terus gerak pergi IOI Mall Putrajaya untuk makan.. 

Kemudian terus menuju ke Melaka..
Rumah adik abah di Felda Hutan Percha, Melaka..
Lama juga melepak umah Mak Teh ini..
Sampailah abang Sha yang sulung datang..
Lepas rumah Mak Teh,  sha ke Tanjung Keling rumah Along..
Mandi dan bersihkan diri dulu..
Kemudian makan malam.. 

Lepas itu baru kami gerak balik Behrang..
Disebabkan perancangan masa yang salah, tak dapatlah Sha menapau asam pedas tetel..
Sambal kicap pun tak dapat nak beli..
Kedai dah tutup.. 

Tak ada rezeki.. Rezeki menziarah sahaja..
Sha gerak dari rumah Along dekat pukul 11 malam..
Sampai Behrang lebih kurang 2.30 pagi..
Gilir-gilir memandu dengan suami..
Berhenti solat dekat Sg. Buloh..
Memang mengantuklah.. Jenuh tahan mata..
Alhamdulillah selamat sampai rumah..



7 comments:

  1. Raya sakan nampaknya sha. Seronok ana baca :)

    ReplyDelete
  2. heheh yang tido tu comel.. penat sangat beraya =D

    ReplyDelete
  3. sha, nanti-nanti boleh la kita jumpa di hari raya.
    sha balik melaka kan :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..