Wednesday, August 2, 2017

Kenapa Pre-Order Buku/Novel??

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini sekadar perkonsian dan makluman bersama..
Sekurang-kurangnya kawan-kawan Sha tau serba sedikit mengenai dunia buku..
Yeah!! Sha memang deply in love with book..

KENAPA PRE-ORDER???
Hari ni saya nak bercakap tentang pre-order. Bagi pembaca/pembeli regular, mereka sudah tahu dan faham tentang konsep ini. Bagi yang tak biasa, ini penerangannya.

DISCLAIMER!
Setiap penulis ada sebab berbeza buat pre-order. Tapi KEBANYAKANNYA adalah sama dengan penerangan yang saya bakal berikan.

Antara sebab utama penulis buat pre-order (walaupun agak segan nak sebut) tapi hakikatnya, SEBAB TAK ADA MODAL nak print. MAHAL TAU print buku/zine. Bukan semua penulis ni (termasuklah saya) ada banyak duit nak dahulukan. Tapi dalam masa sama kena keluarkan novel atas sebab permintaan dan sebagainya. Jadi satu-satunya cara yang boleh dibuat adalah ambil pre-order. Duit hasil dari bayaran dahulu oleh pembaca/pembeli ini akan digunakan untuk bayar dekat printer. Sebab printer minta duit dulu ya! Bukan lepas print baru bayar. Kebanyakannya akan minta bayaran dulu (sekurangnya deposit) lepas tu baru print.

Sebab kedua, adalah untuk tentukan KUANTITI YANG HENDAK DICETAK. Bila bermodal kecil, penulis/penerbit tak mampu nak simpan banyak2 buku yang tak terjual. Duk buat berhabuk buat apa? Melalui pre-order, kita taulah jumlah yang diperlukan. Boleh cetak cukup2 mengikut permintaan maka tidak membazir dan mengelak dari kerugian.

TEMPOH PRE-ORDER
Saya selalu kena benda ni, sebab tu saya sangat2 faham. Tempoh yang penulis/penerbit janjikan adalah ANGGARAN atau JANGKAAN. Dalam dunia penghasilan, banyak perkara tidak terjangka boleh berlaku, yang akan melewatkan proses dari yang telah ditetapkan. BUKAN SOAL SALAH SESIAPA. Sesetengah perkara memang tak boleh elak.

Saya pernah sekali, novel dah sikiiit lagi nak keluar dari mesin cetak tu, tapi saya berlari ke depan mesin sambil jerit TUNGUUU!!! Sebab last minit perasan ada kesilapan oleh diri saya sendiri dan masa tu saya edit sendiri so tak ada saringan kedua. Kadang2 even ada satu dua tiga editor yang menyaring pun, masih boleh berlaku kesilapan. Sebab apa? KITA HANYA MANUSIA. Ini hanya SATU contoh dari BERIBU senario yang boleh berlaku untuk melambatkan tempoh pengeluaran sesuatu buku. Kalau nak senarai semua memang tak larat. BUT YOU GET THE IDEA.

Pernah sekali saya dah siap tulis satu zine dan siap hantar untuk dicetak. Tiba2 saya dapat satu ilham/idea yang sangat best untuk cerita tersebut. Masalahnya dokumen dah hantar. Dah nak print. Kalau tarik balik dan olah cerita, nanti kena delay tarikh pos. So saya fikir, samada on time tapi cerita biasa2 je ATAU sedikit lewat tapi cerita lagi best? Saya pilih untuk berikan yang terbaik dalam kemampuan walaupun lambat. Itu pilihan peribadi saya. Kalau ada yang tak suka. SAYA MINTA MAAF.

SOKONGLAH PRE-ORDER.
Terutama sekali untuk penerbit sendiri yang bermodal kecil (kadang2 takde modal). Ini sahaja ruang dan peluang untuk mereka terus berkarya. Kalau lambat siap ke lambat sampai ke, boleh minta update dari penulis/penerbit tersebut. Namun bertanyalah dengan hati yang terbuka. Rasanya tak ada penulis/penerbit yang nak sengajakan lambat, jauh sekali nak menipu IN SHAA ALLAH.

Makin hari saya lihat makin ramai penulis yang menerbitkan sendiri, atas pelbagai sebab. Saya ambil ini sebagai satu trend yang sangat memberansangkan. I AM SO HAPPY.

Pahit lidah untuk mengeluarkan kata2 ini, tapi dunia buku memang agak sendu akhir2 ini. Penulis2 yang BERUSAHA KERAS untuk keluarkan buku sendiri ni lah yang akan menjana kembali minat membaca dalam kalangan masyarakat. TRUST ME! The product is more personal. It has fresh ideas. Novel2 yang diterbitkan sendiri, ada FIGHTING SPIRIT. Dan ia juga menunjukkan KESUNGGUHAN seseorang penulis itu dalam berkarya.

8 comments:

  1. Betul..pre order sebab nak setkan kuantiti =)

    ReplyDelete
  2. pre-order utk buku terbaru mmg teruja sbb dpt baca awal cuma tempoh menunggu tu yg agak lama kan..

    ReplyDelete
  3. Oooo, baru saya faham kenapa selalu ada Pre-order. Terima kasih perkongsian Kak Sha..

    ReplyDelete
  4. ooo macam tu... ye lahh kita ni bukan di bidang penulisan.. rupanya ni maksud sebear pre order... tq ya..

    ReplyDelete
  5. Mama pun dpt agak preorder sebab nakntgk kuantiti . Then behind agak.naknprint byk mana

    ReplyDelete
  6. Yelahkan Sha... sebab sekarang ni semuanya online, jarang dah org nak simpan hardcopy. Tulah...sedikit sebanyak effect jugak kpd penulis penulis buku ni.

    Tak perlah... rezeki tukan dari Allah

    ReplyDelete
  7. pre order ni bagus membantu penulis kalau yang uruskan printing sendiri

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..